Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,730 / 17.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
36 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Derita di bumi Palestin masih belum berakhir. Anak-anak Gaza terus berjuang untuk hidup dalam keadaan yang penuh kekurangan. Setiap hari, mereka membesar di tengah runtuhan, dengan perut yang kosong dan tubuh yang semakin lemah akibat kurang nutrisi.

Ini bukanlah pengakhiran. Kita akan terus berusaha, terus menyuarakan, dan terus membantu hingga suara terakhir anak-anak Palestin tetap bergema di bumi ini. Dalam beberapa bulan terakhir, memang ada kesukaran untuk menyalurkan bantuan terus ke dalam Gaza. Namun, insyaAllah, kami tidak pernah berhenti. ASAR Humanity tetap mencari jalan dengan menyokong mereka yang bertahan di kem pelarian.


Alhamdulillah, baru-baru ini kami berjaya menyalurkan susu formula untuk lebih daripada 50 keluarga di kem pelarian. Tetapi sayangnya, itu masih jauh daripada mencukupi untuk menampung keperluan nutrisi anak-anak yang jumlahnya ribuan. Mereka amat memerlukan:
1. Makanan asas untuk mengisi perut yang lapar
2. Susu formula bayi untuk anak kecil yang tidak berdosa
3. Nutrisi tambahan & ubat bagi menyelamatkan nyawa


Saudaraku, kita tidak mampu membiarkan mereka terus kehilangan harapan. Setiap sumbangan kecil daripada kita mampu menjadi sumber kehidupan buat mereka. Mari bersama-sama kita teruskan perjuangan ini, selagi hayat dikandung badan. Semoga Allah memberikan ketabahan untuk saudara kita di Gaza, dan melimpahkan kepada kita kasih sayang yang tiada penghujung untuk terus berkongsi.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Saudara seiman yang dirahmati Allah,
Walaupun telah diumumkan gencatan senjata pada 20 Oktober 2025, realiti yang sedang berlaku di Gaza Strip menunjukkan bahawa derita rakyat Palestin masih berlanjutan dan semakin memburuk.

Kenapa Kita Tidak Boleh Berhenti?
1. Ribuan keluarga masih hidup dalam khemah atau bangunan rosak, dengan bekalan makanan asas dan air bersih yang sangat terhad.
2. Kanak-kanak menghadapi ancaman kelaparan dan malnutrisi yang teruk, manakala sistem kesihatan hampir lumpuh.
3. Setiap hari yang berlalu tanpa tindakan adalah satu hari lagi penderitaan mereka yang tidak berdosa.

ASAR Humanity kekal komited untuk terus menghantar bantuan makanan panas, stok makanan serta keperluan asas ke dalam kem pengungsian Palestin. Bukan sekadar untuk menjaga mereka hidup, tetapi menjaga harapan mereka untuk hidup layak dan bermaruah.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)

Mari kita berdiri bersama saudara-saudara kita di Gaza. Setiap sen sedekah, setiap doa dan setiap perkongsian — adalah suara keadilan yang tidak akan padam.
Kita tidak akan berhenti, selagi tangisan anak-anak Palestin masih terdengar.
Semoga Allah SWT menerima amal kita semua.
#SelamanyaJagaPalestina

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Sep 05, 2025