Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM255 / 8.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pelajar tahfiz adalah generasi penerus Islam yang berjuang menghafal Al-Quran, meskipun hidup dalam serba kekurangan. Di pelosok negeri, ramai pelajar tahfiz hanya mampu menikmati makanan seadanya. Berdasarkan data, masih terdapat banyak pelajar di Indonesia yang kerap kekurangan makanan, bahkan ada yang hanya makan nasi dengan sayur tanpa lauk protein.

Keadaan ini terjadi kerana kebanyakan pelajar tahfiz berasal dari keluarga kurang mampu. Maahad pula sering tidak mengambil bayaran bagi memastikan pendidikan agama dapat diakses oleh semua. Namun, keadaan ini menyebabkan mereka harus bertahan hidup dalam kesederhanaan dan bergantung kepada bantuan para dermawan untuk memenuhi keperluan harian mereka.

ASAR Humanity percaya bahawa tidak seharusnya ada seorang pun pelajar tahfiz yang tidur dalam keadaan lapar. Sebagai usaha untuk mendukung mereka, kami menjalankan program bantuan pek makanan untuk maahad-maahad yang memerlukan. Dana yang anda sumbangkan akan digunakan untuk menyediakan keperluan asas seperti beras, telur, sardin, sayur, dan buah-buahan, supaya mereka dapat fokus menghafal Al-Quran tanpa perlu risau akan kelaparan.

"Tidaklah berkurang harta seseorang yang bersedekah, melainkan Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik." (HR Muslim)
Maka, marilah kita bersama-sama menyisihkan sedikit daripada rezeki yang kita miliki untuk membantu mereka yang berjuang menghafal Kalamullah.

Semoga kebaikan anda menjadi bekalan pahala yang terus mengalir, dan bersama-sama kita membangun generasi Islam yang kuat dan berilmu.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, satu lagi langkah positif telah berjaya dilaksanakan melalui Program Pemberdayaan Komuniti ASAR Humanity. Baru-baru ini, kami telah menjalankan aktiviti pelepasan anak ikan sebagai usaha menyokong pembangunan sumber makanan lestari di Maahad Darul Amanah, sebuah sekolah Islam percuma yang komited membantu generasi muda melalui pendidikan dan latihan kemahiran hidup.

Dengan kerjasama erat antara ASAR Humanity dan Maahad Darul Amanah, para pelajar diberi pendedahan dan latihan dalam bidang ternakan ikan, bertujuan untuk membantu meningkatkan sumber makanan bagi pihak maahad dan juga memastikan pelajar mendapat pemakanan yang lebih baik dan seimbang.

Sekolah ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat kerana membantu mereka menjayakan inisiatif ini. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut makanan, tetapi juga melatih pelajar dengan kemahiran yang mampu menjadikan mereka lebih berdikari dan berdaya tahan dalam kehidupan.

Semoga program ini menjadi contoh kepada lebih banyak maahad dan komuniti di seluruh negara untuk membina kehidupan yang lebih lestari dan seimbang, sambil kita terus mengumpul pahala melalui wakaf dan infaq yang memberi kesan jangka panjang.
“Satu sumbangan kecil hari ini, membina kehidupan berdikari untuk masa depan.”
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah pasukan ASAR Humanity telah melaksanakan distribusi bantuan pakej pangan untuk RTQ Al Abrar yang berlokasi di Perumahan Bumi Tanetea Mas, Desa Nipa-nipa, Kec. Pajukukang, Kab. Bantaeng Sulawesi Selatan.

Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkahan untuk pengurus dan pelajar yang sedang menuntut ilmu Al-Qur'an serta dapat meringankan beban mereka. Santri RTQ Al Abrar mengucapkan terima kasih kepada semua donatur atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan.

Mari kita terus bersama-sama menyebarkan manfaat dan kasih sayang kepada sesama.
https://sumbangan.com/sedekahiftarfasa1
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuanPangan
#BerkahUntukSemua