Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM878 / 17.56 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
51 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (Hadis Riwayat Ahmad)

Bulan Ramadan semakin hampir, dan ini adalah waktu terbaik untuk melipatgandakan amal dan sedekah. ASAR Humanity mengajak tuan dan puan untuk berkongsi rezeki melalui program Bekalan Ramadan, iaitu satu inisiatif untuk menyediakan pakej makanan berkhasiat kepada warga emas dan asnaf yang memerlukan.

Ramai di antara mereka menjalani kehidupan dalam serba kekurangan, ada yang hanya mampu makan sekali sehari, sementara yang lain terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan makanan. Dengan setiap pakej Bekalan Ramadan, kita dapat memastikan mereka tidak kelaparan dan menyambut Ramadan dengan lebih bermakna.
Setiap pakej bekalan mengandungi Beras, Telur, Minyak masak, Makanan dalam tin serta Keperluan asas lainnya.

"Siapa yang memberi makan kepada seorang mukmin yang sedang lapar, maka Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga."
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Bagaimana Tuan & Puan Boleh Membantu?
Dengan hanya RM50, tuan dan puan sudah boleh menyumbang satu pakej makanan
RM100 untuk dua keluarga
RM500 untuk lima keluarga
Sedekah makanan adalah salah satu amalan yang paling dicintai Allah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Jom bersama ASAR Humanity membahagiakan mereka yang kurang bernasib baik, memastikan tiada yang kelaparan di bulan suci ini.
Semoga setiap rezeki yang kita kongsikan menjadi peluang pahala yang berlipat ganda di sisi Allah.
#BekalanRamadan #BerkongsiRezeki #SedekahMakanan #ASARHumanity
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 05, 2025
SUNARTII SAMAT
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 04, 2025
ALIA AMIR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 04, 2025