ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 14, 2025

INFAQ UNTUK MAK RAIMA WARGA EMAS YANG HIDUP LEBIH 100 TAHUN

RM195 / 1.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

8 Penyumbang

66 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga setiap sedekah menjadi amal jariah yang mengalir tanpa henti, dan tanda cinta kita kepada orang tua yang telah banyak berjasa. Jom bantu!


Di sebuah rumah kecil yang serba daif, tinggal seorang wanita tua bernama Mak Raima, yang kini telah berusia lebih daripada 100 tahun. Dahulu, Mak Raima seorang yang kuat, rajin dan berdikari. Namun kini, usia dan tenaga telah mengalahkan tubuh tuanya, membuatkan beliau hanya mampu terbaring di atas katil setiap hari.



Di sisi Mak Raima bersama anak tunggal lelaki berusia 75 tahun yang setia menjaganya siang dan malam. Walaupun dirinya juga sudah lanjut usia dan tidak sekuat dulu, beliau tetap tabah mencari rezeki dengan bekerja mengutip dan menyusun barangan terpakai, semata-mata untuk memastikan ibunya tidak lapar dan terus terjaga.


Setiap peluh yang menitis adalah bukti kasih seorang anak yang tidak pernah padam kerana kasih yang tulus dan penuh pengorbanan. Walaupun hidup mereka serba kekurangan, cinta dan kesetiaan antara dua jiwa tua ini begitu menyentuh hati.



Kisah Mak Raima dan anaknya mengingatkan kita tentang erti sebenar berbakti kepada ibu bapa. Mereka mungkin tidak memiliki harta, tetapi mereka kaya dengan kasih sayang yang murni, sesuatu yang tidak semua orang mampu miliki.


“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya...”

(Surah Al-Ahqaf: 15)



Kini, Mak Raima dan anaknya benar-benar memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup. Anda boleh membantu dengan memberikan sumbangan makanan, keperluan harian, atau sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka. Mari kita sama-sama hulurkan kasih buat Mak Raima dan anaknya. Semoga setiap sedekah menjadi amal jariah yang mengalir tanpa henti, dan tanda cinta kita kepada orang tua yang telah banyak berjasa.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 15, 2025