Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM725 / 24.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
42 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mengakhiri tahun 1445 Hijriah, menyambut bulan haram, Muharram yang penuh dengan keberkatan dan rahmat, sering disebut sebagai bulan untuk berkongsi kebahagiaan bersama anak-anak yang disayangi oleh Nabi Muhammad SAW. Menyambut tahun baru Hijrah, marilah kita mencontohi ajaran Nabi Muhammad SAW dengan menyayangi anak yatim dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka.
“Barangsiapa berpuasa para hari Asyura (tanggal 10) Muharram, niscaya Allah akan memberikan seribu pahala malaikat dan pahala 10,000 pahala syuhada’. Dan barangsiapa mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, nescaya Allah mengangkat derajatnya pada setiap rambut yang diusapnya" (Kitab Tanbihul Ghafilin bi-Ahaditsi Sayyidil Anbiyaa-i wal Mursalin)
MashaAllah, mulianya menyayangi anak yatim. Jadilah kita dari umatnya yang Allah angkat darjatnya dengan menyayangi anak yatim. Bertitik tolak daripada hadis ini, Asar Humanity mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk bersedekah. Dengan sumbangan bermula dari RM10, anda telah menyumbang untuk menyebarkan kebahagiaan kepada pelajar tahfiz yang yatim dan miskin. Kami akan mengagihkan bantuan yang dikutip dalam bentuk makanan, air minuman, barangan runcit dan bungkusan hadiah yang dapat menyokong keperluan penting lain.
Alhamdulillah, berkat sumbangan kempen bebas, kami telah berjaya menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim yang miskin. Namun, perjuangan ini tidak boleh terhenti di sini. Kami ingin lebih ramai lagi anak-anak yang menghafal Al-Quran kekasih Nabi merasai kebahagiaan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah Khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah ala kulli haal. Ia bertepatan dengan 15 Muharram 1446 Hijriah pada pertengahan Julai. ASAR Humanity berkesempatan menjadi sebahagian daripada acara Healing Satnight yang juga merupakan acara Pesta Muharam bersama 250 pelajar maahad dan pelajar yatim sekitar Bogor di Masjid Malikal Mulki yang diketuai oleh Ustaz Taqy Malik.
ASAR Humanity mengagihkan 90 makanan ringan dan pakej pembelajaran kepada anak-anak Yatim Dhuafa pada majlis tersebut. Syukur ke hadrat Ilahi, di bulan Muharram yang juga dikenali sebagai bulan penyayang anak yatim, berkat rahmat Allah SWT dan sumbangan anda dapat memberikan keceriaan kepada anak-anak kesayangan Rasulullah.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang memelihara anak yatim akan berada di syurga seperti ini,” lalu baginda menunjukkan dengan mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan tengahnya, shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan berjauhan sedikit (Hadis riwayat Bukhari).
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024
SOFIAH BINTI KADIRSHAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024