MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 10, 2025

INFAQ MOZEK JUBIN UNTUK ASRAMA TAHFIZ

RM265 / 8.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap kepingan mozek yang disumbangkan, menjadi saksi langkah para penjaga Al-Quran. Jom berinfaq kerana Allah SWT.


Asrama tahfiz adalah tempat lahirnya para pewaris Al-Quran, anak-anak yang hatinya disinari nur Ilahi, lidahnya basah dengan ayat-ayat suci, dan hidupnya dipenuhi akhlak mulia. Mereka datang dari pelbagai latar belakang, namun berkongsi satu impian: menjadi huffaz dan insan bermanfaat untuk agama, keluarga, dan masyarakat.



Namun, untuk memastikan mereka belajar dalam keadaan terbaik, kemudahan asrama perlu dibangunkan dengan selesa, bersih, dan terurus. Salah satu keperluan utama dalam pembinaan ini adalah pemasangan mozek.



Sehubungan itu, pihak maahad membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan yang mulia menjayakan projek pembinaan asrama ini dalam infaq mozek . Lantai asrama yang bercirikan mozek ini lebih selamat, tidak mudah licin dan tahan lama. Di samping itu, penggunaan lantai mozek ini memudahkan proses pembersihan debu dan sampah serta menjadikan suasana lebih kemas, teratur dan selesa kepada anak-anak tahfiz.



Bayangkan setiap hari, ratusan langkah para pelajar berjalan di atas mozek ini menuju ke kelas hafazan, solat berjemaah, qiamullail, atau aktiviti ilmu. Selagi digunakan, selagi itulah pahala mengalir kepada para penyumbang. Itulah hebatnya amalan jariah.


“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya”

(Hadis Riwayat al-Muslim)



Infaq atau sedekah yang digunakan untuk membina tempat menuntut ilmu adalah amalan yang dijanjikan ganjaran berterusan. Meskipun kita jauh dari bangunan tahfiz ini, atau telah kembali kepada Allah suatu hari nanti, pahala ini tetap mengalir tanpa henti.



Kami mempelawa dan mengajak tuan-tuan dan puan-puan sekalian boleh juga niatkan pahala infaq ini bersama dalam projek Ini atas nama sendiri atau untuk ibu bapa saudara mara kita yang telah tiada.


Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala. Kita mungkin tidak mampu menghafaz al-Quran,kita mungkin tidak mampu mengajar,tetapi kita masih boleh menjadi sebahagian daripada pembinaan tempat lahirnya para huffaz.Moga infaq mozek ini menjadi:cahaya di alam kubur,penolak bala dan kesusahan, pembuka pintu rezeki dan asbab turunnya keberkatan dalam keluarga. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 11, 2025

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2025