ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 31, 2023

INFAQ MUHARRAM UNTUK MAKANAN BERKHASIAT WARGA MISKIN DI YAMAN

RM345 / 11.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertengah Muharram ini jangan terlewat berinfaq salah satunya untuk mengagihkan makanan berkhasiat untuk saudara kita di Yaman yang aman sangat membutuhkan. Jom sumbang sekarang!


Memasuki pertengahan bulan Muharram, kami tak pernah bosan mengingatkan anda keutamaan bulan Muharram yang kita ketahui termasuk salah satu bulan dari 4 bulan haram. Dalam Surat At Taubah ayat 36, Allah SWT perintahkan untuk memuliakannya dengan melakukan amalan kebaikan dan menjauhi perbuatan maksiat. Jangan sampai terlepas dengan perbuatan yang biasa.



Pada bulan haram Allah akan melipat gandakan pahala atas amalan shalih, dan juga akan melipatkan dosa dari maksiat, naudzubillah. Maka dari itu mari kita maksimalkan dengan amalan shalih yang juga dapat dirasakan oleh saudara-saudara kita yang kekurangan. Jika bulan Muharram ini berakhir, kita harus menunggu 4 bulan ke depan sampai bulan haram selanjutnya iaitu bulan Rejab.



Asar Humanity kembali menjemput anda untuk memperhatikan saudara-saudara muslim kita di Yaman. Konflik berkepanjangan yang menyebabkan kemiskinan sehingga 17 juta warga di Yaman terancam kelaparan dan mengalami kelemahan persediaan makanan. Anak-anak menjadi korban kurang gizi dan pertumbuhannya terbantut.



Mari kita hantarkan makanan berkhasiat untuk warga miskin di Yaman secara berterusan sehingga kos harian mereka terbantu. Wang yang ada dapat digunakan untuk keperluan asas lainnya seperti untuk sekolah anak dan kesihatan. InshaAllah dengan dimulai RM10, anda dapat memberikan makanan berkhasiat kepada keluarga miskin di Yaman.



Inilah gambar pengagihan makanan iftar untuk warga di Yaman pada Ramadan yang lepas. Mereka sangat senang dan berterima kasih atas hantaran makanan ini, karena malam itu mereka dapat makanan yang sehat dan sedap, dan tidak akan tidur dalam kondisi perut kosong. Jom teruskan kebahagiaan ini bagi mereka yang kesulitan makanan.



"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) agar dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. (Ingatlah) Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah: 103)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat