ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 19, 2024

INFAQ MUHARAM UNTUK OPERASI DAPUR MASAK MAKANAN HANGAT DI GAZA

RM1,166 / 38.87 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ada harapan saudara kita untuk membantu operasi berterusan dapur masak makanan hangat di Gaza. Jangan berhenti menyara makanan untuk saudara-saudara kita di Gaza!


Asar Humanity sekali lagi melancarkan kempen bantuan dapur makanan di Gaza. Kemiskinan yang diciptakan oleh Israel di utara Gaza telah menyebabkan lebih 500,000 rakyat Palestin mengalami kekurangan makanan yang teruk, menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada bantuan.



Sejak dua bulan lalu, Israel telah menyekat aliran masuk bantuan ke utara, bertujuan untuk memaksa penduduk meninggalkan rumah dan tanah mereka dan berpindah ke selatan dan tengah Gaza, membolehkan pendudukan sepenuhnya di bahagian utara Semenanjung Gaza. Rakyat Palestin berkata mereka terpaksa melarikan diri dari Kota Gaza ke selatan kerana penjajahan berterusan Israel.

"Kami sudah cukup. Kami sudah cukup dengan kehidupan ini. Kami bergerak ke selatan kerana tidak ada makanan, tidak ada air, tidak ada kehidupan di sini sama sekali."


Dalam keadaan kekurangan ini, bantuan anda boleh menjadi penyelamat kepada saudara-saudara kita yang kelaparan. Dapur yang tersebar di seluruh Gaza Utara, Gaza Tengah dan sempadan Gaza Selatan kami berikhtiar untuk kembali hidup dengan penuh semangat dan keprihatinan.



Namun, realiti kehidupan di sini masih penuh dengan cabaran. Lebih daripada 2 juta orang hidup dalam keperluan yang semakin mendesak. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, tetapi juga keselamatan, makanan, dan akses kepada penjagaan kesihatan.



Dengan setiap sumbangan, kita bukan sahaja mengisi perut yang kosong malah memberi harapan kepada saudara-saudara kita. Walaupun halangan Zionis menghadkan akses, kekuatan perpaduan kita tidak dapat dinafikan.




Sumbangan bermula dari RM10 akan menambahkan kebaikan. InshaAllah, sama-sama kita dapat membantu perjuangan saudara kita untuk mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut pembebasan Al Aqsa. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita dalam merealisasikan keadilan dan keamanan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM450.00

Jul 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat