Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM435 / 4.35 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, semua orang perlu berusaha untuk terus hidup. Anak-anak berjuang untuk mendapatkan pendidikan, ibu bapa berusaha keras untuk menyara keluarga, dan warga emas pula… masih terus bekerja untuk menyara diri sendiri, sementara anak-anak mereka juga sedang bergelut membina kehidupan masing-masing.
Di beberapa kawasan, ramai warga emas terutamanya wanita masih bekerja dalam usia lanjut. Ada yang mengutip barang kitar semula, menjual sayur di tepi jalan, atau bekerja sebagai pembantu rumah sambilan. Mereka tidak mahu mengemis, mereka memilih untuk terus berusaha, walaupun tubuh mereka semakin lemah dimamah usia.

Di bulan yang penuh barakah ini, bulan Muharram, mari kita sebarkan sedikit kebahagiaan buat warga emas yang masih tabah berjuang. Melalui kempen Infaq Muharram, ASAR Humanity ingin menghantar bantuan makanan asas bernilai RM100 untuk setiap warga emas yang memerlukan.
Bantuan ini merangkumi:
1. Beras
2. Minyak masak
3. Telur
4. Sayur-sayuran
5. Makanan berprotein
6. Susu & minuman kesihatan

Kita mungkin tidak mampu menampung seluruh keperluan hidup mereka, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menghadiahkan mereka sedikit ketenangan dan rasa dihargai. Sabda Rasulullah SAW:
"Bukan daripada kalangan kami, orang yang tidak menyayangi orang tua kami dan tidak menghormati yang muda."
(HR. Tirmizi)
Jom sama-sama infaq di bulan Muharram ini dan hadiahkan sedikit bahagia buat warga emas yang masih berjuang.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
WAN NUR SHAKIRAH WAN MANSOR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2025
KAMAROZAMAN OTHMAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 06, 2025
NORZIMA BINTI KAMSAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 06, 2025