ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 21, 2023

INFAQ SOKONG OPERASI DAPUR MASAK MAKANAN UNTUK PELARIAN SERANGAN DI GAZA

RM760 / 25.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari hidupkan dapur memasak untuk menyediakan keperluan makanan harian pelarian di Gaza! Jangan berhenti membantu saudara kita di sana.


Dalam ketidakpastian dan penderitaan yang melanda Gaza, kita bersatu dalam usaha untuk membantu saudara-saudara kita yang terkena serangan Zionis berterusan yang kejam. Keadaan di Gaza semakin memburuk, dengan anak-anak dan keluarga yang harus berbaris panjang demi sejumput makanan. Amaran akan bencana mendekat semakin nyata, dan saatnya bagi kita untuk bersama-sama bertindak.



Kajian EuroMedHR menunjukkan bahawa 71% penduduk Gaza mengalami kelaparan yang teruk. Hanya 2% daripada mereka yang dapat mengakses makanan yang mencukupi, sementara 64% terpaksa mendapatkan buah-buahan atau barangan yang telah tamat tempoh, untuk menghilangkan rasa lapar mereka. Situasi di kawasan utara Semenanjung Gaza mencapai titik terendah, di mana penduduknya tidak mempunyai akses terhadap makanan untuk bertahan hidup.


Mari membangkitkan suara kita untuk menyokong bantuan operasi dapur umum di Gaza. Program Makanan Sedunia (WFP) mempunyai peranan penting dalam mencegah kelaparan di Gaza. "Jika kematian tidak datang dari serangan udara, itu akan datang dari kelaparan."



Sementara itu, gangguan telekomunikasi yang berterusan di Semenanjung Gaza memberikan cabaran tambahan dalam usaha bantuan. Namun, kita tidak boleh membiarkan hal ini menghalang kita. Walaupun kita sedar bahawa akses ke Gaza dihadkan oleh sekatan Zionis, kita tidak boleh berdiam diri. Pada masa ini, Asar Humanity menjemput anda semua untuk berderma mulai RM10, menyertai usaha mengumpul dana untuk menyediakan makanan melalui dapur masak yang ada di Gaza agar terus beroperasi.



Saat ini, solidaritas kita adalah kekuatan terbesar. Mari bersatu untuk memberikan bantuan operasi dapur umum di Gaza, memastikan makanan sampai ke tangan saudara-saudara kita di Gaza.




Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada Tuan, Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat