ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 18, 2024

INFAQ OPERASI HALAQAH TAHFIZ AL QURAN ANAK DI KEM PELARIAN GAZA

RM357 / 11.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom maksimalkan amalan kebaikan di bulan Muharram! Sokong operasi aktiviti halaqah kanak-kanak pengajian halaqah Al Quran di kem pelarian.


Ketika menunaikan solat di Kem Pelarian Al-Shati, Gaza, lebih 17 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat serangan udara Israel yang memusnahkan sebuah masjid di kem tersebut. Mereka yang sedang sujud di atas sejadah yang diletakkan di dalam runtuhan masjid tidak dapat lari daripada kebiadaban serangan itu.



Tragedi ini bukanlah yang pertama. Pembunuhan besar-besaran juga berlaku di al-Mawasi dan di kem pelarian al-Shati di barat Kota Gaza. Zionis terus melakukan serangan udara tanpa henti, mengorbankan nyawa rakyat Palestin yang hanya mahu beribadat.



Namun, kemusnahan dan penderitaan yang ditimbulkan oleh Zionis tidak mematahkan semangat penduduk Gaza untuk bangkit dan meneruskan kehidupan serta beribadah kepada Allah. Alhamdulillah, team Asar Humanity di Khan Younis dan Deir Al Balah telah bertemu saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di bumi sendiri dan kerap menjalankan aktiviti halaqah tahfiz Al-Quran untuk kanak-kanak.



Sebelum peningkatan serangan penjajah Israel yang meningkat sejak Oktober lalu, dengan bantuan dan doa anda semua, Asar Humanity secara rutin membantu menyampaikan Al-Quran baru ke masjid dan kelas tahfiz di Gaza. Namun, apabila serangan berterusan memusnahkan masjid dan sekolah, serta memusnahkan al-Quran dan kitab suci lain, program halaqah itu dihentikan. Alhamdulillah, kini walaupun dalam keadaan daif di kem pelarian, aktiviti bacaan halaqah dapat dijalankan semula.



Asar Humanity menjemput anda untuk menyokong aktiviti ini di kem pelarian. Bermula dari RM10, InshaAllah sumbangan anda sangat membantu untuk memastikan aktiviti ini diteruskan. Sumbangan ini akan digunakan untuk membaiki khemah tempat halaqah diadakan, menyediakan kemudahan mengaji, dan memberi sokongan kafalah kepada guru-guru mengaji.



Selain itu, kami juga akan menyediakan pakej makanan untuk anak-anak supaya mereka tidak perlu risau akan kelaparan selepas belajar. Marilah kita bersama-sama membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut pembebasan Al-Aqsa. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita dalam merealisasikan keadilan dan keamanan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 22, 2024

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat