Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ SAHABAT QURAN MALAYSIA
Dimulakan pada Nov 13, 2025
RM420 / 4.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
19 Penyumbang
225 Baki Hari
Sebuah entiti fahaman Al-Quran dengan izin Allah sedang dalam usaha memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar tahfiz di sini.

Semakin hari, semakin kami runsing dan gelisah membayangkan sekiranya kos operasi Maahad Tahfiz Sahabat Quran ini tidak dapat ditampung dan mereka akan kehilangan tempat tinggal dan belajar mereka. Mereka di sini semuanya sudah seperti adik beradik yang saling menyayangi satu sama lain. Kami tidak sanggup melihat semua itu musnah sekiranya semua ini tidak dapat dibekalkan.

Sebagaimana usaha tenaga pengajar institusi tahfiz yang lain, kami melakukan semua usaha ini dengan ikhlas demi melatih dan melahirkan generasi khalifah penggerak ummah. Sesungguhnya anak-anak tahfiz di sini berpotensi untuk menjadi pemimpin yang akan memberi sinar kejayaan kepada pembentukan syiar Islam.


Di sini mereka berkongsi lebih daripada apa yang dikongsi seorang pelajar ke pelajar lain, mereka berkongsi ilmu, perasaan, kebanggaan dan ukhuwah.


Ukhuwah dan keselesaan yang telah mereka bina di sini mungkin akan terhenti jika kami tidak mampu menampung kos operasi. Jadi, itu akan menjadi perkara yang sedih untuk kami hadapi sekiranya perkara ini akan menyebabkan Maahad Tahfiz Sahabat Quran mungkin akan berpindah atau lebih teruk, ditutup.

Melalui sedekah seikhlas hati anda, kami berharap dapat dimanfaatkan untuk menampung kos operasi Maahad Tahfiz Sahabat Quran dan membangunkan institusi tahfiz ini.



Oleh itu, teruskan istiqomah dalam menyumbang kepada Maahad Tahfiz Sahabat Quran supaya anak-anak tahfiz terus selesa belajar di sini. Jika anda di luar sana ingin menyumbang supaya kami dapat menampung kos operasi maahad tahfi ini, klik "Sumbang Sekarang” untuk berinfaq.
"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak." (Surah al-Hadid: 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM70.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 14, 2025