Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM60 / 2.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kampung Ngadas, sebuah kampung di pergunungan Bromo, kini telah menjadi saksi perubahan yang penuh berkah. Dahulu, majoriti penduduknya menganut agama Hindu dan Buddha, namun sejak tahun 1965, setelah kedatangan para Da'i, alhamdulillah, 50% daripada penduduknya telah memeluk agama Islam.
Walaupun jumlah mualaf terus meningkat, mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan agama baharu mereka. Salah satu cabaran utama adalah kekurangan pakaian yang sesuai untuk beribadah.
Bagi mereka yang baru memeluk Islam, pakaian bukan sekadar keperluan harian, tetapi juga lambang penghormatan dan keikhlasan dalam melaksanakan ibadah. ASAR Humanity kini mengajak kita semua untuk turut serta dalam program ini dengan bersedekah pakaian ibadah bagi para mualaf di kampung-kampung pelosok seperti di kampung Ngadas dan lain sebagainya.
Dengan memberikan pakaian untuk solat, kita bukan sahaja menyokong dakwah, tetapi juga membantu saudara-saudara mualaf kita agar lebih yakin dan selesa dalam menunaikan ibadah serta mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam. Setiap sumbangan yang anda hulurkan adalah sebahagian daripada usaha besar untuk menyebarkan kebenaran agama Allah SWT dan menguatkan iman saudara-saudara kita yang baru memeluk Islam.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2024