MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 02, 2025

INFAQ PENGESAN ASAP DAN LAMPU KECEMASAN DEMI KESELAMATAN ANAK TAHFIZ

RM150 / 5.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU MAAHAD TAHFIZ DENGAN MENGHADIRKAN LAMPU KECEMASAN DAN PENGESAN ASAP BAGI KESELAMATAN ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF. JOM SAMA-SAMA BERINFAQ!


Sejak kebelakangan ini, sering kali kita mendengar kes-kes kebakaran yang melibatkan pusat pengajiaan tahfiz. Ia menjadi satu tauladan buat maahad tahfiz ini dalam mengambil tindakan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman maahad tahfiz ini.



Pihak maahad sangat menyambut baik nasihat dan saranan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang datang baru-baru ini dan memantau ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya bagi sesebuah pusat pengajian di maahad kami ini. Ciri keselamatan yang mengikut garis piawaian bomba ini penting bagi mengelakkan kejadian kebakaran di maahad ini sekaligus dapat mengambil langkah drastik dalam menjaga keselamatan anak-anak tahfiz ini.



Antara ciri keselamatan yang disaran oleh pihak bomba adalah pemasangan lampu kecemasan dan pemasangan alat pengesan asap yang mesti dipasang di setiap bilik asrama pelajar, ruang pembelajaran, pejabat dan surau.



Sehubungan itu, pihak maahad memerlukan dana bagi merealisasikan kehendak dan saranan pihak bomba dalam memastikan anak-anak tahfiz di sini dapat belajar dan menginap di maahad dengan selamat. Hasil sumbangan kalian ini akan digunakan bagi pembelian lampu-lampu kecemasan, beberapa alat pengesan asap serta menampung kos bayaran upah kepada juruteknik elektrik.


Jom kita hadirkan kasih buat mereka anak-anak tahfiz yang berjuang siang dan malam dalam menghafaz Al-Quran yang mulia ini dengan berinfaq dalam kempen ini demi kesejahteraan dan keselamatan mereka di sini.



“Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Semoga infaq kalian ini dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala yang melimpah dan mendapat keberkatan hidup di dunia kerana membantu pusat tahfiz dalam melahirkan para hafiz Al-Quran.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 03, 2025

Kempen Sumbangan Tamat