MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 17, 2023

INFAQ PEMBELIAN SEBUAH VAN UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR TAHFIZ

RM275 / 0.18 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERINFAQ SERENDAH RM10 UNTUK SAHAM AKHIRAT BAGI PEMBEIAN SEBUAH VAN UNTUK KEMUDAHAN ANAK-ANAK TAHFIZ INI.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini dibangunkan untuk membantu masyarakat setempat dalam melahirkan sebuah rumah seorang hafiz Al-Quran. Kian hari semakin banyak pusat tahfiz telah dibangunkan dalam usaha untuk membentuk generasi muda yang celik Al-Quran dan berperibadi mulia seperti Nabi Muhamad SAW yang akhlak baginda SAW ialah Al-Quran. Namun kebanyakan pusat maahad mengalami pelbagai ujian dan kesusahan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang selesa bagi anak-anak tahfiz.



Antara prasarana yang penting di maahad ialah pengangkutan kerana lokasi maahad dibina jauh daripada penempatan masyarakat setempat dan pedalaman. Setiap kali solat jumaat anak-anak tahfiz perlu berjalan kaki untuk ke masjid kerana van yang sedia ada sudah uzur dan seringkali mengalami kerosakan. Sehinggakan pihak maahad perlu meminjam van orang kampung jika perlu memenuhi jemputan luar seperti majlis ilmu, solat jenazah, majlis doa selamat, bacaan yaasin dan tahlil dan sebagainya.



Sehubungan itu, pihak maahad dengan berbesar hati mengadakan kempen infaq untuk saham akhirat muslimin dan muslimat bagi pembelian sebuah van baharu untuk mengantikan van lama yang telah uzur. Van ini insyaAllah akan dimanfaatkan untuk kemudahan pergerakan aktiviti luar para pelajar seperti solat jumaat, jemputan bacaan tahlil dan yaasin, riadhah, bersukan, solat jenazah dan lain-lain lagi.



Pihak maahad memerlukan sebuah van Toyota Hiace 14 seat berharga RM150,000 sebagaimana gambar untuk memudahkan pengangkutan pelajar setiap minggu terutamanya ketika solat jumaat. Kami berharap muslimin dan muslimat dapat membantu pihak maahad merealisasikan impian mengukirkan senyuman kepada para pelajar untuk menyediakan prasarana sebuah van baharu buat mereka.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan hati para penyumbang bagi menyediakan prasarana untuk kemudahan harian dan juga pergerakkan aktiviti luar para pelajar kami. InsyaAllah hasil sumbangan anda nanti akan dimanfaatkan secara optimum untuk pembelian sebuah van bagi kegunaan pelajar dan juga untuk kos penyelenggaraan bulanan van tersebut untuk memastikan van sentiasa dalam keadaan baik serta selamat digunakan. Semoga Allah menggantikan dengan harta yang kalian infakkan dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak. 


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara, iaitu sedekah jariah, imu yang bermanfaat, anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 18, 2023

HISHAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 18, 2023

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat