Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 18, 2025
RM0 / 0.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
0 Penyumbang
160 Baki Hari
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT berkat sumbangan dan orang ramai, maahad tahfiz ini telah beroperasi di tapak yang baru selama 3 tahun. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pembangunan maahad tahfiz ini.

Pihak maahad berhasrat untuk meluaskan kawasan maahad ini dalam kerangka menyediakan kemudahan tempat beriadah dan bersukan kepada anak-anak tahfiz ini. Kemudahan tempat riadah ini memudahkan mereka bermain bola sepak, takraw, dan lain-lain lagi. Anak -anak tahfiz ini hanya bermain dalam ruang yang sempit disebabkan ketiadaan tempat beriadah.

Aktiviti riadah dan bersukan ini dapat meningkatkan kecerdasan mental mereka, kesihatan badan yang baik di mana dapat meningkatkan daya metabolisme badan dan ketahanan badan. Selain itu, bersukan ini mampu meringankan bebanan otak yang mereka hadapi dalam menghafaz Al-Quran. Kemudahan ini dapat memberi keceriaan serta meningkatkan semangat kepada anak-anak ini untuk melanjutkan pengajian Al-Quran di maahad ini.

Sehubungan itu, pihak maahad ingin membuka peluang kepada para budiman yang dirahmati Allah SWT berinfaq dalam kempen ini bagi mencari dana yang mencukupi bagi membeli tanah sawah yang terletak bersebelahan tahfiz kami ini. Pada kempen kali ini ia merupakan fasa pertama yang mana pihak kami menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM20,000. Selain kawasan tanah ini untuk tujuan riadah, ia boleh juga digunakan untuk tempat berkumpul sekiranya berlaku sebarang kebakaran bangunan.

Oleh itu, marilah kita berganding bahu dalam usaha murni ini. Sumbangan yang kecil pada pandangan kita mungkin menjadi penyumbang besar buat institusi tahfiz dan para pelajar di tahfiz ini. Jadikan infaq ini sebagai bukti cinta kita kepada ilmu, kepada agama, dan kepada generasi pewaris Al-Quran.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami