MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 27, 2023

INFAQ PEMBINAAN KOLAH WUDHUK MAAHAD TAHFIZ ASNAF

RM2,034 / 20.34 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

115 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI REBUT KESEMPATAN UNTUK BERINFAK PEMBINAAN KOLAH WUDHUK MAAHAD TAHFIZ. BANTU ANAK-ANAK TAHFIZ INI YANG MENDAMBAKAN FASILITI TEMPAT WUDHUK SELESA UNTUK MEREKA BERIBADAH.


Masjid atau surau adalah tempat yang paling mulia di muka bumi, tempat terpancarnya syiar Islam, tempat untuk mengagungkan nama Allah dalam sujud dan rukuk. Dari rumah Allah lah dididik sifat kebersamaan kaum muslimin dan muslimat melalui solat jamaah, aktiviti dakwah, pendidikan dan juga majlis ilmu.



Berbahagialah muslimin dan muslimat yang menginfakkan hartanya sebagai pelaburan akhirat untuk sedekah jariyah. Hartanya menjadi sedekah jariyah yang pahalanya terus mengalir tidak pernah putus walaupun orang yang berinfak telah wafat. Apalagi bila musolla tersebut dari waktu ke waktu dihidupkan berbagai aktiviti ibadah, dakwah dan pengajian agama. Sudah tentu tidak dapat dihitung berapakah limpahan pahala yang mengalir setiap saat. Rasulullah SAW menyampaikan kabar gembira tentang keutamaan sedekah jariyah sebagai infaq yang pahalanya terus mengalir meskipun orang yang bersedekah telah meninggal dunia:


“Jika manusia meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga hal; sedekah jariyah, ilmu yang diambil manfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)



Seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah sangat mendambakan prasarana tempat wudhu yang memadai, sederhana dan selesa untuk kemudahan berwudhuk. Keinginan pihak maahad adalah sangat tinggi untuk membuat fasiliti tempat ibadah secara sendiri, namun kekangan dari sudut dana untuk menjayakan impian tersebut.


Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati mengadakan kempen Infaq pembinaan kolah wudhuk agar lebih ramai pihak samada individu, NGO dan orang ramai bersama bergabung untuk merealisasikan usaha mulia ini. Pihak maahad sangat berharap anda berinfaqlah serendah RM10 untuk mewujudkan cita-cita warga maahad bagi memiliki tempat wudhu yang sudah lama dinanti oleh anak-anak tahfiz di sini. Mari bersama wujudkan fasiliti kolah wudhuk yang selesa agar ibadah mereka semakin khusyuk dan nyaman.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para penyumbang yang membantu infaq pembinaan kolah wudhuk. Harapan warga maahad semoga dengan kempen infaq ini membantu para pelajar agar bersemangat dan istiqomah dalam menjalankan ibadahnya menimba ilmu serta menjadi generasi ulul-albab. Yakinlah, kebaikan para penginfak akan jadi mutiara bagi anak-anak tahfiz kami dan akan menjadi kebahagiaan apabila tercapainya hasrat mempunyai tempat wudhuk yang selesa.


"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."(S.Al-Qasas: 77)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

YAZRINA YAACOB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat