MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 29, 2023

INFAQ PEMBINAAN RUANG ULANGKAJI PELAJAR TAHFIZ

RM460 / 5.11 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM9,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KONGSI REZEKI DENGAN BANTU INFAQ PEMBINAAN RUANG ULANGKAJI KEPADA ANAK-ANAK TAHFIZ. HADIRKAN FASILITI YANG SELESA DAN TERBAIK BUAT PARA PENDAMPING AL-QURAN INI.


Pihak maahad memohon sumbangan infaq bagi menyiapkan projek pembinaan bilik ulangkaji untuk kemudahan pelajar maahad menambah ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama. Ianya supaya kelak lahirnya pelajar tahfiz yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk menyebarkan ilmu Al-Quran dalam masyarakat selepas tamat pengajian. Maahad kami di sini terdiri 70 orang pelajar daripada pelbagai golongan anak-anak asnaf miskin dan anak yatim yang kurang kemampuan.



Sehubungan itu, pihak maahad sangat mengalu-alukan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah untuk berkongsi sedikit rezeki anda dengan kami untuk kita sama-sama membangunkan ruang ulangkaji buat para pelajar tahfiz di Maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Mungkin pada anda, RM10 itu sedikit. Namun, ianya besar bagi pihak maahad untuk menjayakan projek pembinaan ruang ulangkaji ini. Sebagaimana sabda Nabi SAW:


“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin” (HR Imam Ibnu Majjah)



Menuntut ilmu merupakan kewajiban dan keperluan setiap Muslim untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, dengan ilmulah membantu seseorang muslim mendidik diri menjadi insan yang bertaqwa. Sahabat Nabi SAW, Muaz bin Jabal turut menyatakan:


“Pelajarilah ilmu karena sesungguhnya mempelajari ilmu karena Allah adalah taqwa kepadaNya, mengkajinya adalah tasbih, mencarinya adalah ibadah, menelitinya adalah jihad dan mengajarkan kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah.”



Oleh itu, menjadi seorang pelajar tahfiz yang hanya berniat untuk mengharapkan redha Allah di sepanjang hidupnya akan dilihat sebagai orang yang bertaqwa kerana telah mengabdikan dirinya untuk belajar dan memahami tentang islam.



Jazakumullahu khairan jaza daripada kami atas sumbangan tuan/puan yang dermawan. Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas para penyumbang bagi menyediakan tempat ulangkaji yang selesa buat anak-anak syurga ini Allah berkati dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. InsyaAllah.

 


"Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah Ayat 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2023

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2023

AIEN WANIE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat