MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 24, 2023

INFAQ PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR MAAHAD TAHFIZ

RM3,091 / 20.61 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

138 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak maahad merayu kepada anda semua untuk sumbangan pembinaan tapak tangki air bersih kepada pelajar tahfiz. Semoga bantuan anda diberi ganjaran terbaik dari Allah SWT. Amin!


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat agar berlumba-lumba dalam kebaikan dan sedekah pembinaan tapak tangki air bersih. Mari salurkan sumbangan bagi menyediakan tapak tangki air bersih kepada para pelajar di sini. Kewujudan tangki air bersih ini amat penting bagi menyimpan air untuk menampung puluhan pelajar kerana di kawasan Ayer Hitam sering dibelenggu masalah tekanan air yang rendah dan juga gangguan air.



Sehubungan tu, pihak maahad berharap pihak muslimin dan muslimat sama-sama membantu pihak maahad kami disini menyediakan beberapa tangki simpanan air dan pam air untuk kegunaan anak-anak tahfiz disini untuk bersuci mengambil wudhuk, qada' hajat dan sebagainya.



Air memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Bermula dengan penyediaan makanan hingga untuk penanaman dan juga aktiviti seharian kita. Oleh itu, tangki air amat penting untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa cukup. Ketiadaan tangki air ini menjadi masalah kepada para pelajar dan guru-guru untuk melakukan aktiviti mereka.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penyumbang yang telah menafkahkan sebahagian hartanya untuk pembinaan tapak tangki air untuk kemudahan bersuci, wudhu, mandi para pelajar kami di sini. Semoga ianya menjadi amal jariyah dan pahala yang berlipat-lipat yang terus mengalir seiring banyaknya para pelajar yang belajar di maahad tahfiz ini. Insya-Allah


Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Mar 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2023

SAIDARUZA BINTI SHAMSUDDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

AZIRAWATI BINTI AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat