MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 18, 2022

RAYUAN DANA PENDAWAIAN SURAU UNTUK PENUNTUT TAHFIZ ASNAF MISKIN DAN DAIF

RM895 / 6.63 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM13,500

47 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MENGAJAK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SALING MEMBANTU ATAS JALAN KETAQWAAN DENGAN MENYUMBANG KE TABUNG PENDAWAIAN ELEKTRIK SURAU TAHFIZ BAGI MEMBOLEHKAN MAAHAD DIGUNAKAN SEPENUHNYA.


Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada muslimin muslimat yang dikasihi Allah SWT. Saya mewakili ajk maahad merayu sumbangan daripada muslimin muslimat untuk sama-sama membantu pihak maahad kami disini untuk membayar dan membiayai perbelanjaan pendawaian elektrik surau maahad yang masih belum mencukupi. Maahad kami disini seperti maahad-maahad tahfiz yang lain juga kekurangan sudut dana untuk pembangunan yang mana kebanyakannya diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan Ngo terlibat. 



Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah telah diasaskan oleh Ustaz Suhaimi Bin Din bermula di Pondok Ayer Hitam Kedah pada tahun 2009. Sejak kewujudan maahad ini suasana agama pengajian di zaman Tuan Guru Hj Abu Bakar Palestain telah wujud kembali. Dengan wujudnya pelajar yang datang belajar dari pelbagai tempat seluruh pelusuk negara dan luar negara. Pengurusan pentadbiran telah diuruskan sepenuhnya oleh Ustaz Suhaimi sebagai mudir maahad.



Diawal kewujudan maahad ini hanya bergerak dengan mempunyai bilangan pelajar seramai 18 orang dari Negara Kemboja dan 7 orang dari Malaysia. Sepanjang pergerakan dan penglibatan, maahad ini telah melahirkan seramai 100 orang pelajar telah tamat khatam 30 Juzuk Al-Quran. Sehingga kini, maahad telah mempunyai 40 orang pelajar terdiri daripada negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Alhamdulillah dengan izin dan kurnianya serta berkat pengorbanan saudara-saudara islam keseluruhan, maahad in masih dapat bergerak dan dapat berkembang walaupun dalam keadaan serba kekurangan.



Untuk makluman Tuan/Puan maahad kami disini telah berpindah operasi pada bulan Ogos 2016 daripada Pondok Ayer Hitam Kedah ke Lot 121, Kampung Seberang Pekan Minggu Lama Ayer Hitam, 06150 Ayer Hitam Kedah. Di atas tujuan untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran maahad untuk melahirkan generasi Al-Quran yang beramal dengan tuntutan Al-Quran.



Oleh itu, terdapat beberapa perbelanjaan untuk pendawaian elektrik bagi membolehkan maahad tersebut mula digunakan sepenuhnya. Akhir kata pihak Maahad ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi terhadap sumbangan-sumbangan yang telah diberikan dari pihak perseorangan dan juga agensi-agensi berkaitan.



ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM35.00

Nov 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat