Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 16, 2025
RM255 / 8.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Rejab adalah satu yang mulia dalam Islam yang merupakan bulan yang penuh kedamaian di mana peperangan dilarang dalam syariat Islam pada bulan ini. Dalam pada itu, ia mengingatkan kita untuk memperbanyakkan amalan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:
“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadan adalah bulan umatku.”

Pihak maahad mengambil kesempatan di bulan Rejab ini, membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan kempen infaq pendidikan kepada anak tahfiz dan asnaf yang berasal dari pedalaman Sabah yang menuntut ilmu di sini.

Di maahad ini, kami mempunyai seorang pelajar dari negeri Sabah iaitu, Ihtisyamul yang tinggal di daerah Tawau. Beliau berusia 19 tahun, sangat bersemangat dan rajin dalam menuntut ilmu agama dan menghafal Al-Quran. Beliau merupakan antara pelajar asnaf yang berada di bawah tanggungan maahad. Pihak maahad berusaha membantu menanggung pembiayaan beliau dari segi yuran bulanan, memberi wang saku, menyara makan serta minum, membantu dalam penyediaan kitab-kitab pembelajaran dan pakaian.
Alhamdulillah, berkat sumbangan daripada para penyumbang pada tahun-tahun yang lalu, pihak kami mampu menyara bagi menyediakan kemudahan kepada beliau untuk belajar di sini. Di samping itu, pihak maahad juga membantu pelajar Sabah ini dengan membiayai tambang penerbangan kapal terbang apabila menjelang waktu cuti pengajian yang panjang.
Sehubungan itu, pihak maahad sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada kalian ini yang sangat bermanfaat menyediakan pendidikan agama kepada anak tahfiz di sini. Semoga usaha kita dalam membantu pelajar ini akan mendapat ganjaran pahala yang tidak putus-putus di mana selagi mana ilmu yang dipelajari dimanfaatkan dan disebarkan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2025
MUHAMMAD TAUFIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2025