ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 28, 2023

INFAQ KOS PENGKAJIAN ALQURAN BAGI PELAJAR TAHFIZ DAN DHUAFA DI GAZA

RM147 / 4.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom meraih pahala jariyah melalui infaq untuk meramaikan kegiatan pengkajian dan Tasmi Al Quran supaya terus bergema Al Quran di bumi Palestin!


Asar Humanity menjemput anda untuk memaksimalkan amalan shalih di bulan Muharram. Salah satunya dengan memberikan infaq terbaik anda untuk membantu pelaksanaan Tasmi Al-Quran untuk pelajar tahfiz dan golongan asnaf di Gaza, Palestina. Seperti yang kita ketahui kehidupan keluarga di Gaza tak lepas dari penindasan Zionis membuat krisis kemanusiaan yang berpanjangan. Sebanyak 86.1% warga bergantung pada bantuan kemanusiaan.



Penindasan Zionis di Palestin belum berhenti hingga saat ini, sektor kehidupan dilumpuhkan yang paling teruk adalah di Semenanjung Gaza. Aktiviti penghafal Al-Quran juga menjadi terganggu karena serangan bisa kapan saja terjadi, tak kenal masa menghancurkan banyak masjid dan fasiliti umum. Saat ini generasi penghafal Al-Quran Palestin menjadi pilar utama untuk tetap menanamkan jiwa-jiwa pejuang dan meneruskan syiar agama. Maka dari itu banyak pertubuhan kemanusiaan di Gaza yang secara rutin melaksanakan pengkajian Al-Quran hingga Tasmi Al-Quran supaya hafazan terus terjaga.



Kegiatan Tasmi Al Quran baru-baru ini dilakukan pada terawal Muharram. Peserta dari kegiatan ini ada kanak-kanak dan orang dewasa. Target mereka menyetorkan hafalan 30 juz dalam sekali duduk selama 8 jam, dan mereka tidak boleh melebihi 15 kali kesalahan. Ada sekitar 400 peserta dan banyak yang berasal dari keluarga miskin dan dhuafa.



Alhamdulillah Ramadan lepas Al Quran dari anda sudah sampai di tangan pembaca Al Quran di Gaza. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Semoga Allah SWT mencurahkan pahala jariyah dan keberkahan dari setiap huruf yang dihafazkan.



Mari terus sokong rangkaian kegiatan memelihara hafazan Al Quran bagi tahfiz di Gaza. Ramaikan masjid dan rumah tahfiz di Gaza dengan ayat-ayat Al Quran yang terus mengalun dari mulut generasi Qurani. InshaAllah sumbangan anda akan diagihkan untuk membantu operasional kegiatan pengkajian Al Quran hingga Tasmi Hafiz Quran. Sumbangan anda juga akan diagihkan untuk bantuan makanan bagi peserta tahfiz.



“Apabila anak adam (manusia) telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya darinya, kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah (sedekah yang pahalanya terus mengalir), ilmu yang bermanfaat, atau anak saleh yang selalu mendoakannya.” (HR Muslim No. 1631)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat