ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 02, 2023

INFAQ PERALATAN BELAJAR MAAHAD DHUAFA YANG TERBAKAR

RM361 / 12.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu maahad dhuafa ini mendapatkan Al Quran, kitab dan peralatan belajar yang patut setelah musibah kebakaran!


Maahad Al-Ansor, sebuah institusi pendidikan tradisional yang terletak di Kampong Rukem, Serang-Banten telah memberikan pendidikan agama dan akhlak kepada lebih 100 pelajar maahad yang datang dari keluarga dhuafa sejak 2008. Malangnya, terawal September yang lepas mereka mengalami ujian berat akibat kebakaran yang memusnahkan 90% bangunan fizikal maahad termasuk bilik yang diperbuat daripada kayu dan buluh.



Tiada apa yang tinggal selepas kebakaran itu. Buku, Al-Quran, peralatan pendidikan pelajar, pakaian sekolah dan peralatan solat semuanya musnah terbakar. Walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini, namun pelajar Maahad Al-Ansor kini menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan kehidupan seharian.



Asar Humanity menjemput anda untuk membantu Maahad Al-Ansor. Setiap sumbangan sangat bermakna dan akan digunakan untuk membeli bahan binaan, peralatan pendidikan, buku, Al-Quran dan pakaian sekolah untuk para pelajar. Marilah kita bersama-sama membantu Maahad Al-Ansor bangkit daripada kecemasan ini. Sokongan anda akan memberi harapan baru kepada pelajar yang sedang berjuang untuk mendapatkan pendidikan dan masa depan yang lebih baik.




InshaAllah mulai dari RM10 anda akan kami kutip untuk membantu membeli Al Quran, kitab baru, peralatan belajar dan lainnya, sehingga mereka dapat belajar menjadi anak-anak generasi Qurani yang berjaya secara ilmu dan akhlak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 04, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat