ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 13, 2023

INFAQ PERALATAN IBADAH PELAJAR MAAHAD DHUAFA KESAYANGAN NABI

RM64 / 2.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Meraih keutamaan merawat anak kesayangan nabi dengan menghantarkan bungkusan peralatan ibadah yang patut bagi anak yatim tahfiz dhuafa!


Kembali mengingatkan anda kepada kanak-kanak yatim yang duduk di Yayasan Panti Asuhan Sakinah Depok berlokasi di daerah Pancoran Mas, Kota Depok. Panti asuhan ini dibina pada 2009 berasas pada pengalaman peribadi pengasas Abi Dr (HC) Bagja Wijaya yang sejak lahir menjadi anak yatim. Kemudian pada usia 3 tahun maknya juga kembali ke pangkuan Allah SWT. Dia dibesarkan oleh nenek dan kakek sampai usia 8 tahun. Kehidupannya juga mengalami kesulitan ketika umur 8 tahun kerana nenek juga meninggal dunia. Alhamdulillah ketika dia sudah cukup mampu, dia membina panti ini untuk kanak-kanak yatim piatu yang memiliki nasib seperti masa kecilnya.



Niat baiknya sangat mulia sampai kini ada 40 kanak-kanak yang berusia 10 tahun sampai 17 tahun tinggal di panti ini. Ikhtiar Abi Bagja juga tak hanya merawat kanak-kanak, tapi juga sampai boleh bersekolah dan mengaji Al-Quran. Kanak-kanak yatim belajar, memiliki prestasi yang membanggakan. Kanak-kanak ini selalu mendapatkan ranking 3 besar dalam sekolah umum dan beberapa dari mereka sudah menghafaz 2 Juz Al-Qur’an.



Namun, Abi tidak dapat bergerak sendiri, panti yatim ini masih membutuhkan kedermawanan penyumbang untuk kos operasi rumah panti dan kebutuhan kanak-kanak. Sumbangan yang tidak pasti datang setiap bulan menjadi cabaran dalam memenuhi kebutuhan kanak-kanak. Terutamanya untuk membayar kos sekolah dan peralatan sekolah. Untuk kebutuhan makanan kanak-kanak saat ini beras dan lauk pauknya masih dibiayai oleh pengasas. Mereka harus berjimat hidup sederhana dengan apa yang dimiliki.




Asar Humanity menjemput anda untuk berbagi kebahagiaan kepada kanak-kanak yatim dan dhuafa di Yayasan Panti Asuhan Sakinah Depok. Salah satunya dengan berinfaq yang inshaAllah akan diagihkan kepada kanak-kanak dalam bentuk peralatan solat dan juga baju baru yang patut. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2023

AHMAD SUKRI HASAN

Menyumbang sebanyak RM24.00

Sep 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat