INFAQ PENGGANTIAN PERALATAN SURAU YANG TELAH USANG

RM614 / 1.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat islam di Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit.



Penyerahan zink dan juga besi untuk baik pulih bumbung masjid Tanjung Bundong, Bintangor untuk keselesaan para jemaah dan masyarakat Muslim di situ.


Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu khair.



Penyerahan 1 set unit amplifier dan juga 4 unit speaker untuk kegunaan Masjid Kampung Sebako, Daro.


Bukan itu sahaja, pihak kami juga dalam usaha untuk memastikan pihak surau dapat menjimatkan kos utiliti maka inisiatif pengedaran lampu solar turut diusahakan untuk dipasang di sekeliling perkarangan surau untuk menjimatkan kos elektrik. Pemasangan lampu solar pada masa ini dihadkan setiap surau ataupun masjid akan mendapat 6 unit lampu solar untuk permulaan ini.



Perancangan pihak kami ialah agar sumbangan orang ramai sebanyak RM50,000 ini kelak akan memanfaatkan sekurang kurangnya 10 buah surau atau masjid yang masih memerlukan perhatian khusus ini demi keselesaan jemaah yang ada di situ.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

SUHAIMI ZOHOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat