INFAQ TUNAI UNTUK DANA PENGURUSAN PEYATIM

RM1,375 / 0.28 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

51 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PEYATIM memerlukan dana berterusan untuk membantu 65 buah persatuan anak yatim menggerakkan aktiviti kebajikan, pendidikan, sahsiah, rohaniah dan kerjaya kepada hampir 4000 orang anak yatim.

Bismillahir Rahmanir Rahim

Selawat Serta Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

 

" SYUKUR ALHAMDULILLAH ANDA DIPILIH OLEH ALLAH SWT SEBAGAI PENYUMBANG UNTUK KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM “

 

PEYATIM didaftarkan pada 19 November 1990 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia sebagai sebuah NGO induk yang menggabungkan pertubuhan-pertubuhan dan asrama anak-anak yatim seluruh Malaysia. Peranan PEYATIM dan badan-badan gabungannya adalah untuk menjaga keselamatan, pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim dan anak-anak miskin di bawah jagaan mereka. Presiden PEYATIM sejak ditubuhkan adalah YM Prof.  Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor dengan dibantu oleh 10 orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan yang dilantik setiap 3 tahun.

 

MENGAPA ANDA PATUT BERINFAQ KEPADA PEYATIM?

 

1. PEYATIM bekerjasama dengan pihak Kerajaan sebagai NGO induk yang membela kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak yatim di Malaysia.

 

2. PEYATIM memerlukan dana berterusan untuk membantu 65 buah persatuan anak yatim menggerakkan aktiviti mereka dalam aspek kebajikan, pendidikan, pembangunan sahsiah, rohaniah dan kerjaya kepada hampir 4000 anak-anak yatim dibawah jagaan 71 buah rumah dan asrama seluruh Malaysia.

 

3. PEYATIM memiliki institusi kemahiran dan pengajian tingginya sendiri iaitu  University College Bestari ( UCB ) di Setiu Terengganu, Kolej Teknologi Bestari   ( KTB ) di Ampang Selangor dan Institut Kemahiran Bestari ( IKB ) di Setiu Terengganu yang menyediakan peluang pendidikan lanjutan kepada anak-anak yatim di bawah jagaannya.

 

4. PEYATIM tidak mempunyai sumber kewangan tetap, sumber kewangannya adalah bergantung kepada sumbangan individu dan korporat secara berterusan.

 

5. Sumbangan anda kepada PEYATIM akan menerima pengecualian cukai  daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (01/35/42/51/179-6.3872)

 

Sila layari www.peyatim.org.my untuk maklumat lanjut.

 

Anak yatim/miskin menggamit kasih kalian, menadah sumbangan infaq untuk kelangsungan kehidupan cemerlang.

 



Sama sama kita menghayati petikan hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.”

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM300.00

Sep 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat