Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM40,122 / 100.31 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM40,000
1168 Penyumbang
Kempen Berjaya
Pulau Sebatik, terletak di selatan negeri Sabah, lebih kurang 8km dari Bandar Tawau. Pulau ini agak unik kerana sebahagiannya adalah wilayah Malaysia dan sebahagiannya di bawah Indonesia.

Sayangnya, Pulau Sebatik bahagian Malaysia menghadapi masalah air yang berpanjangan. Loji Rawatan Air (LRA) yang sedia ada bukan sahaja tidak boleh menampung, juga kering ketika kemarau.

Mereka terpaksa bergantung kepada punca air bawah tanah yang digali, tetapi kotor.
Pihak Iltizam Relief Society telah mengadakan lawatan ke pulau ini pada 18 November 2024. Kami telah mengenal pasti dua lokasi yang sudah ada punca air di Kg Tongkang, Pulau Sebatik.

Kami berhasrat untuk menjadikan dua telaga air ini sebagai projek perintis di Pulau Sebatik. Kejayaan projek ini akan membuka jalan untuk membina lebih banyak projek air di pulau ini.

Untuk makluman, sehingga 25 November 2024, Iltizam Relief Society telah membina 21 buah telaga air di Sabah, dengan kos hampir setengah juta. Khususnya di pulau-pulau seperti Banggi, Tg Manawali, Mandidarah, Lagaton dan Nunuyan Laut. Lebih banyak telaga akan dibina di Pulau Banggi juga.

Bayangkan pahala yang mengalir setiap teguk air yang dimanfaatkan oleh penduduk pulau-pulau ini?
Ini kali pertama Iltizam Relief Society akan memlaksanakan projek air di selatan Sabah.
Setiap projek air ini mengandungi:
1. Sebuah telaga air
2. Menara tangki air
3. Tangki air yang besar
4. Pam air bermotor / guna tenaga solar
5. Pagar di keliling telaga air untuk keselamatan

Kami juga mendapat kerjasama Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah, untuk menjalankan ujian makmal ke atas sample air telaga-telaga yang telah kami bina dan akan kami bina. Ini untuk memastikan kualiti air selamat digunakan oleh penduduk pulau-pulau ini.

Telaga ini akan bermanfaat untuk:
1. Penduduk
2. Masjid
3. Klinik Kesihatan
4. Sekolah
5. Tadika
6. Dan lain-lain
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “memberi air.” (HR Abu Daud)

Kos keseluruhan pembinaan telaga air pulau-pulau di Sabah adalah tinggi, kerana masalah logistik tetapi, amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka dengan tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih. Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah SWT.
Jom bina satu telaga air di Sabah!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 05, 2025