Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,675 / 1.68 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
75 Penyumbang
Kempen Berakhir!
AL-QURAN SUMBANGAN ANDA DIBACA SETIAP HARI!
BERUNTUNGLAH ANDA IANYA MENDATANG MANFAAT KEPADA PARA PEMBACA AL-QURAN.
PAHALA BERTERUSAN MENANTI ANDA...
YANG UTAMANYA, AL-QURAN SUMBANGAN ANDA AKAN DIGUNAKAN DAN KAMI MENGATUR PROGRAM YANG KHUSUS BAGI MENJAYAKAN MATLAMAT INI.
MATLAMAT
PASTIKAN ANDA MENDAPAT LAILATUL QADR!
Sumbangan anda juga akan diagihkan kepada yang memerlukan sebagai ganti kepada al-Quran lama/rosak yang dilupuskan dalam program Pemuliaan Al-Quran. Sebahagian sumbangan juga akan digunakan untuk membiayai kelas-kelas tajwid al-Quran atas talian dan kelas talaqi serta pembelian buku tajwid yang akan turut diagihkan kepada masyarakat awam.
MARILAH MENYAHUT SERUAN ALLAH SEBAGAIMANA SURAH ALI IMRAN AYAT 92
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
Dalam satu hadis Anas Bin Malik R.A, diceritakan bahawa Abu Talhah merupakan seorang sahabat Ansar yang memiliki kebun kurma yang paling banyak di Madinah. Antara kebun kurma yang paling disayanginya adalah yang terletak di Bairuha’.
Apabila Allah SWT mewahyukan ayat tersebut, lantas Abu Talhah terus berkata kepada Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya antara harta-harta yang saya paling sayangi adalah kebun Bairuha’; Harta itu saya sedekahkan untuk Allah dan saya mengharap balasan kebaikan dan simpanan (pahala) di sisi Allah. Ya Rasulullah, silakan apa yang akan anda lakukan menurut petunjuk Allah kepadamu (terhadap kebun itu)”
Riwayat al-Bukhari (2769)
GENERASI QURAN INI MERUPAKAN PROGRAM SEPANJANG HAYAT
BAGI MENJAMIN AL QURAN KEKAL DIBACA KERANA IA KALAM ALLAH
1. Pembelajaran ilmu tajwid al-Quran melalui kitab tajwid terkemuka
2. Talaqi al-Quran 30 juzuk akan dibuat secara atas talian bagi membuka peluang kepada ramai pelajar di seluruh Malaysia untuk sertai.
3. Bengkel latihan kepada tenaga pengajar (T.O.T) akan disediakan bagi mewujudkan rangkaian GURU AL-QURAN MUDA di seluruh Malaysia.
Semua ini dapat pasti berlaku apabila ANDA menyumbang di dalam perlaksanaan kempen ini. Kata Nabi Yang Mulia " SEBAIK-BAIK KALIAN ADALAH YANG BELAJAR DAN MENGAJAR AL-QURAN"
Ulamak ditanya tentang apa yang dimaksudkan dengan
MENGAJAR AL-QURAN?
Sesiapa sahaja yang terlibat di dalam proses pengajaran termasuklah mereka yang menyediakan kitab pembelajaran adalah tergolong dalam kategori orang yang "MENGAJAR AL QURAN".
-CARANYA ADALAH-
INFAQ AL-QURAN SETIAP MALAM
REBUT PELUANG 10 malam terakhir Ramadan kali ini untuk anda menyumbang nashkah al-Quran yang akan digunakan sepanjang tahun dalam kempen ini.
TAHNIAH!
LAILATUL QADR MILIK ANDA!
Kami telah membuat penelitian dan memilih al-Quran yang terbaik bagi tujuan pengajaran supaya nilai bagi sumbangan anda kekal bermanfaat secara berterusan.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 06, 2022
IMRAN MUSTAPHA
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 03, 2022