ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Apr 03, 2024

INFAQ AKHIR RAMADAN UNTUK ALAT SOLAT DAN BAJU ANAK YATIM DHUAFA

RM1,856 / 61.87 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

73 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Akhir Ramadan semakin hampir, kebahagiaan untuk anak kesayangan Nabi tak boleh terhenti, mari hantarkan bungkusan alat solat, baju dan makanan berzat berkhasiat bagi anak yatim tahfiz dhuafa!


Di penghujung bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, terasa peritnya meninggalkan bulan yang penuh keampunan dan keberkatan. Namun, walaupun bulan Ramadan sudah berakhir, semangat kebaikan tidak sepatutnya berakhir begitu sahaja. Sama-samalah kita manfaatkan saat akhir ini dengan memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim fakir tahfiz.




Bersama Asar Humanity, kami ingin memanjangkan kehangatan bulan Ramadan dengan memberikan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan. Kami percaya bahawa membantu anak yatim adalah selaras dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi, yang menekankan kepentingan melindungi mereka.



Kami menjemput anda untuk menyertai kami dalam misi ini. Setiap sumbangan yang anda berikan bukan sahaja memberi bantuan material, malah akan membawa kemesraan dan kepedulian kepada anak-anak yatim Tahfiz. Dengan bantuan anda semua, kami akan menyediakan kelengkapan solat yang mereka perlukan seperti telekung, sarung, sejadah, dan pakaian baru.



Tiada derma yang terlalu kecil. Bermula dari RM10, anda boleh menjadi sebahagian daripada kebahagiaan yang mereka nantikan. Mari kita tunjukkan kepada mereka bahawa mereka tidak bersendirian, bahawa kita semua bersatu untuk menyokong mereka dalam perjalanan hidup mereka.



Sebagai umat yang mengikut jejak langkah Rasulullah SAW, marilah kita menunjukkan rasa kasih sayang dan prihatin terhadap anak-anak yatim fakir Tahfiz. Semoga Allah memberkati setiap langkah kebaikan yang kami lakukan, dan semoga pahala yang melimpah mengalir kepada anda, keluarga anda, dan semua orang yang mengambil bahagian dalam misi kebaikan ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROSHISAM BIN HUSSIN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 09, 2024

FAZILAH ROZI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

MOHD HAFIFI HAFIZ BIN MOHD NOOH

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat