ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 25, 2024

INFAQ RAMADAN UNTUK KOS BAYARAN KOS ELEKTRIK MAAHAD PEDALAMAN

RM315 / 10.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Di 10 hari pertengan Ramadan yang istimewa penuh keampunan, jom bantu maahad dhuafa ini membayar kos elektrik untuk memberikan cahaya bagi pelajar yang sedang menuntut ilmu agama!


Di celah-celah kesunyian pedalaman yang jauh dari kesibukan kota, ada sebuah maahad sebagai sumber cahaya ilmu untuk anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan yang memberikan kesempatan belajar Al Quran dengan percuma. Namun, di sebalik keazaman tegas pengasas maahad, terdapat cabaran besar yang dihadapi mereka setiap hari iaitu kos terhad, termasuk kos elektrik.



Selalunya, kegelapan yang menyelubungi bilik menjadi penghalang kepada pelajar untuk belajar dan menghafaz Al-Quran dengan sepenuh hati. Had kewangan memaksa mereka bergelut untuk memenuhi keperluan elektrik mereka, yang seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.


Asar Humanity menjemput anda untuk bersama-sama menghulurkan bantuan dalam bentuk kos elektrik untuk menerangi bilik darjah, asrama dan kawasan belajar maahad ini. Dengan tindakan ini, kami bukan sahaja memberikan cahaya lampu, tetapi juga menerangi masa depan mereka.



Kami melihat betapa berharganya setiap kanak-kanak di pedalaman, dan betapa pentingnya pendidikan untuk masa depan mereka. Marilah kita bersama-sama mengubah kegelapan menjadi terang, dan jangan biarkan kekurangan bekalan elektrik menjadi penghalang kepada pendidikan mereka.



Sertai kami dalam menyokong maahad di kawasan pedalaman ini dengan memberikan bantuan dalam bentuk sokongan bayaran kos token elektrik. Asar Humanity bekerjasama dengan tim relawan di pedalaman, mendengarkan seruan mereka yang mencari pertolongan.



InshaAllah sumbangan anda tidak hanya diagihkan kepada 1 atau 2 maahad, tetapi juga ramai maahad yang kekurangan pencahayaan. Cerahkan masa depan mereka, satu langkah kecil dengan bantuan token elektrik boleh membuat perubahan besar dalam masa hadapan generasi penerus agama. Semoga setiap langkah kebaikan kita diterima Allah dan dijadikan ladang amal yang berterusan mendatangkan pahala.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2024

MOHD ROZI BIN HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2024

Kempen Sumbangan Tamat