INFAQ RAMADAN SATU HIDANGAN SERIBU KEBERKATAN

RM515 / 10.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu Sediakan Hidangan Berbuka & Sahur untuk Mereka yang Memerlukan!


Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, di mana setiap amal kebaikan dilipatgandakan. Namun, masih ramai yang berjuang untuk mendapatkan hidangan berbuka dan sahur yang mencukupi.



Melalui Kempen Infaq Ramadan anjuran Kolej Teknologi Bestari (KTB) Ampang, kami berusaha menyediakan hidangan berbuka, moreh, dan sahur kepada pelajar dan komuniti yang memerlukan.



Dengan hanya RM10, anda berpeluang menjadi sebahagian daripada usaha murni ini iaitu membantu mereka menikmati juadah yang lebih sempurna dan penuh keberkatan. Setiap sumbangan akan disalurkan terus kepada penerima yang memerlukan, termasuk pelajar dan komuniti sekitar yang kurang berkemampuan.



Setiap sen yang anda sumbangkan akan terus disalurkan untuk penyediaan makanan berkualiti, agar mereka yang menerima dapat berpuasa dengan lebih tenang.


"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api."

(HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614).



Marilah bersama-sama menyebarkan kebaikan dalam bulan yang penuh rahmat ini. Setiap infaq anda membawa seribu keberkatan. Jangan lepaskan peluang untuk gandakan pahala, sebarkan kebaikan, dan ringankan beban mereka yang memerlukan. Lawati kami: https://www.tiktok.com/@mppktbampangofficial


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat