Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN MISI KEAMANAN DAN BANTUAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA MALAYSIA
Dimulakan pada Feb 28, 2025
RM1,240 / 2.48 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
62 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ramadhan sering dinanti oleh golongan kurang bernasib antaranya warga emas terbiar. Ramai NGO serta pihak lain membantu golongan kurang bernasib baik ini bagi menghadapi Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. Ketibaan Ramadhan selain dari amal ibadat kita juga digalakkan bersedekah dengan ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah SWT.

Atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan BANTU Malaysia dengan kerjasama Sumbangan.com mengambil inisiatif untuk membantu dan memberi sedikit sinar kegembiraan kepada golongan warga emas terabai ini menghadapi Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.
Terdapat segelintir golongan warga emas yang terabai hidupnya. Mereka merupakan golongan minoriti yang tidak dipedulikan hak dan keperluan hidup oleh keluarga atau sesetengah masyarakat sekeliling. Warga emas yang terabai ini ada yang hidup sebagai gelandangan di jalanan, tinggal bersendirian dalam kedaifan, dan terlantar di hospital tanpa waris yang datang melawat.

Pengabaian warga emas berlaku dalam semua lapisan masyarakat samada golongan kaya ataupun miskin, cuma caranya sahaja yang berbeza. Ada warga emas Miskin yang tidak mempunyai wang simpanan di hari tua dan tidak mampu menguruskan kehidupan mereka dengan baik apabila di usia tua, mereka tidak lagi berupaya bekerja kuat mencari nafkah. Ramai dalam kalangan mereka yang hidup terbiar dan tidak dipedulikan.

Kemiskinan dalam kalangan anak-anak dan keluarga berpendapatan rendah dengan tanggungan yang ramai sering menjadi punca utama kesukaran dalam menunaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sudah tua. Beban kewangan yang ditanggung menjadi lebih berat sekiranya warga emas tersebut mengalami masalah kesihatan atau ketidakupayaan fizikal yang memerlukan kos perubatan yang tinggi. Akibatnya, ramai dalam kalangan mereka terpaksa menguruskan hidup sendiri tanpa penjagaan yang sewajarnya.

Bantulah warga emas ini menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan sumbangan anda. Setiap ringgit membawa sinar harapan dan kebahagiaan buat mereka. Bertindak sekarang!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MOHD KHAIRUL FAZLY ISMAIL
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM70.00
Mar 01, 2025
MOHAMAD IZWAN ABDUL GHANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Mar 01, 2025