INFAQ RAMADHAN DANA PENGOPERASIAN DAN BIL UTILITI

RM320 / 6.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan bagi menampung kos bil utiliti dan pembayaran elaun tenaga pengajar kelas pengajian Al-Quran dan Iqra yang diadakan secara percuma kepada masyarakat di sekitar Gombak.


Pertubuhan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 25 Ogos 2022 dengan nombor pendaftaran PPM-007-10-25082022. Motif pembentukan pertubuhan kebajikan pelajar ini adalah untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan serta membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, asnaf dan sebagainya. 



Sejak Oktober 2022, kami telah menjalankan kelas pengajian Al-Quran dan Iqra secara percuma kepada penduduk di sekitar Gombak. Alhamdulillah, sehingga kini seramai 24 orang pelajar terdiri daripada wanita dewasa, lelaki dan perempuan remaja serta kanak-kanak yang berminat dan menyertai kelas pengajian yang dianjurkan. 



Namun begitu, pihak kami menghadapi sedikit kekangan dalam bentuk kewangan terutamanya untuk tujuan pembayaran elaun tenaga pengajar dalam menampung kos bil utiliti dan sebagainya. Justeru, kami menjalankan kempen Infaq Ramadhan Dana Pengoperasian dan Bil Utiliti bagi memastikan keberlangsungan usaha murni ini. Semoga kita semua dapat merebut fadhilat bersedekah di bulan Ramadhan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AHMAD RIDZA BIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

SHAIFUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat