YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada Feb 28, 2025

INFAQ RAMADHAN YANG MEMBUTUHKAN SENTUHAN KASIH SAYANG

RM230 / 7.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh, manfaatkan bulan penuh rahmat ini dengan menyertai Infaq Ramadhan untuk Nenek Maimunah. Semoga setiap sedekah kita menjadi cahaya di dunia dan akhirat.


Ramadhan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan memperbanyak amal kebaikan, termasuk bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan. Inilah saat terbaik untuk menghulurkan infaq bagi membantu warga emas seperti Nenek Maimunah yang sedang diuji kesihatan dan hidup dalam serba kekurangan.



Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR. Tirmidzi)



Setiap makanan yang kita sumbangkan, setiap rezeki yang kita kongsikan, akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT bahawa kita tidak melupakan saudara seagama yang memerlukan. Lebih-lebih lagi di bulan penuh keberkatan ini, setiap amal dilipatgandakan pahalanya.



Mari jadikan Infaq Ramadhan kita sebagai ladang amal yang terus mengalir, membantu meringankan beban Nenek Maimunah dan warga emas lain yang memerlukan. Satu bungkusan makanan yang kita berikan, mungkin menjadi sebab doa tulus seorang hamba Allah yang tertindas, yang akan diangkat terus ke langit.



Jom bersama-sama rebut peluang berinfaq di bulan Ramadhan, kerana setiap rezeki yang kita keluarkan akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda, insya-Allah.


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NOOR AISHAH SHAIKH MOHAMED YAHYA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 04, 2025

Kempen Sumbangan Tamat