INFAQ RAMADHAN SYAWAL SEMARAK MEMORI SYAWAL 1444H

RM190 / 3.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BERSAMA BERKONGSI REZEKI, AYUH KITA SEMAIKAN KECERIAAN DIWAJAH ANAK-ANAK DAN KELUARGA YANG MEMERLUKAN DI PAGI HARI SYAWAL TAHUN 1444H TAHUN INI, SEMOGA USAHA KECIL KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH, AMIN.


Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) denga penuh rendah diri ingin mengajak para dermawan dan masyarakat sekalian untuk bersama menghayati erti dan nilai-nilai kegembiraan syawal dengan menginfakkan sedikit daripada harta kita menerusi pek 'Semarak Memori Syawal'. Hal ini kerana, mereka yang memerlukan akan dapat merasai suasana syawal dan sedkit sebanyak mengurangkan bebanan yang dihadapi menjelang Syawal bagi tahun ini.





Tidak lengkap raya tanpa juadah di pagi raya, tidak terasa suasana syawal tanpa melihat gelagat anak-anak menikmati kuih-muih di pagi raya, serta ayuh kita sinari wajah anak-anak dengan sedikit keperluan memasak juadah dan paket duit raya yang membawa seribu keceriaan pada wajah anak-anak. Semoga dengan sedikit perkongsian daripada kita semua, mampu menceriakan kehidupan mereka di pagi hari raya kelak.





“Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai. Dan hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya akan hilang perasaan benci daripada diri kamu."
(Hadith Riwayat Al Bukhari)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat