ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 02, 2024

INFAQ REJAB BEKALAN MAKANAN ASAS MANGSA SERANGAN DI GAZA

RM150 / 5.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan terlepas daripada keberkahan hari-hari terakhir bulan Rejab, mari teruskan bantuan bekalan makanan asas untuk saudara kita di Gaza!


Di tengah-tengah tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, lebih dua juta rakyat Palestin berada dalam keadaan tegang, di ambang kebuluran dan penyakit yang boleh dicegah. Hiba Tibi, Pemangku Timbalan Pengarah Serantau CARE International, menggambarkan situasi yang teruk di mana orang ramai tidak mempunyai pakaian musim sejuk, selimut, atau apa-apa untuk memanaskan anak-anak mereka.




Lumpur membanjiri khemah, manakala kemudahan sanitasi sangat terhad, memaksa orang ramai membuang air besar di tempat terbuka. Wanita hamil berbaring di lantai sejuk tanpa tilam, manakala kanak-kanak mempunyai najis berdarah. Gaza berdepan krisis kemanusiaan yang lebih mendalam akibat sekatan Israel yang menghalang kemasukan bantuan makanan melalui lintasan Kerem Shalom.




Perlu diingat bahawa lebih daripada 2 juta penduduk Gaza bergantung kepada bantuan UNRWA untuk terus hidup, tetapi dana mereka telah dibekukan oleh beberapa negara Barat dan sekutu Israel. Negara-negara ini, yang dianggap 'bertamadun,' termasuk Amerika Syarikat, Australia, Kanada, dan sebagainya, telah memutuskan pembiayaan, menyebabkan rakyat Gaza berada dalam keadaan yang semakin terdesak. Ini adalah genosida terhadap Gaza yang tidak bisa dimaafkan. Salah satu tim kami di Gaza pun syahid karena dibedil tentara Zionis. 




Asar Humanity, mengajak semua pihak yang mementingkan hak asasi manusia dan kemanusiaan untuk bersatu dan menghulurkan bantuan sebanyak mungkin. Setiap sumbangan yang anda berikan akan membantu menyediakan makanan, bekalan dan sokongan kesihatan segera kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan. Bantuan anda sebelumnya sudah dihantarkan untuk pelarian di kem Rafah, Deir Al Balah dan Nuseirat. Mari lanjutkan kebaikan ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 06, 2024

AFIZZUL

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat