Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,240 / 41.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
41 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam kehidupan yang sibuk, kita sering dibuai oleh keselesaan dan kesenangan yang mengelilingi kita. Namun sebaliknya, di negeri yang jauh dari kita, saudara-saudara kita di Gaza mengalami penderitaan yang tidak terperi akibat penjajahan dan sekatan yang kejam.
Di tengah-tengah bulan Syaaban yang mulia ini, marilah kita mengingatkan diri kita tentang keutamaan memberi makanan kepada saudara-saudara kita yang terpinggir. Di utara Gaza, momok kebuluran berlaku di setiap sudut jalan, dengan rakyat Palestin terpaksa membakar roti yang tidak mencukupi kerana kekurangan bahan makanan yang sesuai.
Bayang-bayang kebuluran juga kelihatan di selatan Semenanjung Gaza, di mana ribuan orang berbaris untuk mendapatkan makanan percuma. Ini bukan gambaran kehidupan yang baik, tetapi panggilan ikhlas untuk kita semua berganding bahu dan memberikan sokongan sebanyak mungkin.
Lebih 140 hari peningkatan penjajahan Zionis telah meninggalkan luka yang mendalam di hati Gaza. Namun, di sini, kita mempunyai kuasa perpaduan yang mampu memberikan sinar harapan. Bermula dari sumbangan sekecil RM10, kita boleh bersama-sama memeluk mereka dengan penuh kasih sayang dan menghulurkan bantuan makanan yang patut. Jangan ada lagi saudara kita di Gaza yang kelaparan.
Kita sedar bahawa akses kepada keperluan asas di Gaza adalah terhad kerana halangan yang dikenakan oleh Israel, kita tidak boleh berdiam diri. Buktikan bahwa kita terus memperjuangkan keadilan bagi saudara kita. Setiap sumbangan walau sekecil mana pun diyakini sebagai bukti sokongan kita terhadap perjuangan mempertahankan tanah air Palestin dan pembebasan Al Aqsa.
Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pengagihan pakej makanan bagi saudara kita yang bermukim di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT melalui sokongan anda dan masyarakat lainnya, tim Asar Humanity di Palestin berjaya mengagihkan pakej makanan yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Gaza yang bermukim sementara di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah, Selatan Gaza. Barakallahu fiikum!
Mereka sangat menyambut baik bantuan dari anda. Sekatan dan penjajahan Zionis membuat mereka bermukim di kem dengan seadanya. Di bulan Ramadan ini seringnya mereka berpuasa tanpa berbuka karena tak ada makanan yang boleh dimakan. Alhamdulillah setakat ini adanya bantuan pakej makanan ini boleh jadi bekalan beberapa hari hadapan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Tim Asar Humanity berkomitmen untuk mendampingi saudara-saudara kita di Gaza selama menjalani ibadah puasa. Dengan anugerah Allah SWT dan dukungan dari semua pihak yang baik hati, Asar Humanity di Semenanjung Gaza berhasil mendistribusikan makanan untuk buka puasa dan sahur.
Inilah perjuangan tim Asar Humanity di wilayah kamp pengungsian Rafah. Sejak sore hari, tim ASAR telah menyiapkan paket sahur yang akan disalurkan kepada saudara-saudara kita di sana. Serangan dan pembatasan terhadap pasokan makanan oleh pihak Zionis telah menyebabkan saudara-saudara kita kekurangan persediaan untuk kebutuhan makanan sehari-hari.
Saat kita memasuki 10 hari pertengahan Ramadan, di mana Allah melimpahkan ampunan-Nya kepada hamba-hamba-Nya, marilah kita mengangkat doa dan merayu kepada Yang Maha Pengampun agar memberi ampunan kepada kita. Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan rezeki yang penuh berkah.
Kami ingin membagikan bagaimana saudara-saudara kita di Gaza berbuka puasa. Beberapa rakan tim Asar Humanity yang tersebar di wilayah Deir Al Balah melaporkan dari kem-kem pelarian saudara kita. Inilah situasi menjelang berbuka puasa di sana, saudara kita harus beratur untuk mendapatkan makanan. Serangan dan sekatan terhadap bahan makanan oleh Zionis mengakibatkan saudara kita tak punya persediaan untuk kebutuhan makanan harian.
Kanak-kanak, orang tua, ibu bapa, semua harus beratur. Ini bukanlah yang mereka inginkan. Seharusnya saudara kita di Gaza, bisa duduk di rumah bersama keluarga, berbuka puasa dengan kenyamanan. Hasbunallah wanikmal wakiil.
Memaknai Ramadan ini bukan hanya menahan lapar, tetapi juga bagaimana kita dapat bermuhasabah alhamdulillah masih Allah berikan nikmat dan rezeki. Memasuki 10 hari pertengahan Ramadan di mana Allah cucuri hambaNya dengan keampunan. Mari kita panjatkan doa, merayu Yang Maha Pengampun, agar mengampuni kita. Belum banyak yang kita lakukan untuk saudara kita di Palestin. Mudah-mudahan adanya nikmat dan rezeki yang kita, dapat menjadi wasilah bukti sokongan kita terhadap perjuangan meraih kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2024
BIBI SABJAN BINTI MOHD KHAN
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 23, 2024
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 23, 2024