ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 07, 2024

INFAQ SUBUH AKHIR SYAABAN UNTUK BEKALAN RAMADAN SAUDARA DI GAZA

RM195 / 6.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Saudara-saudara kita di Gaza memerlukan kita. Subuh di akhir bulan Syaaban, mari kita dermakan harta untuk makanan asas saudara kita di Gaza!


“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)



Dalam gelap malam yang hening, di pinggir bumi, hati kita terasa berat. Dalam setiap sujud, dalam setiap solat, Gaza menebus kehilangan yang tidak terkata. Waktu subuh di bulan Syaaban bukan sahaja tentang ibadat, tetapi juga tentang memohon kepada Allah SWT keselamatan mereka yang terpinggir oleh ketidakadilan dan kezaliman.



Kita tidak boleh menghapuskan penindasan yang mengancam nyawa mereka, tetapi kita boleh menunjukkan solidariti yang kuat. Perlahan tetapi pasti kami memberikan bantuan kepada saudara-saudara kami.



Saudara-saudara kita di Gaza telah dipaksa untuk menghadapi kekejaman yang tidak berperikemanusiaan. Sekarang ini, tindakan kita boleh menjadi sinar harapan untuk mereka. Dengan menyampaikan bantuan makanan yang berkualiti, kami menyediakan lebih daripada sekadar makanan; kita beri kekuatan, kita beri perjuangan, kita beri kasih sayang.



Sumbangan anda bukan sahaja mengisi perut yang kosong, malah hati yang terluka. Ini adalah seruan untuk menyertai gerakan kemanusiaan yang hebat, seruan untuk memperjuangkan keadilan, seruan untuk memulihkan maruah yang telah dirampas.



Bermula dari RM10, InshaAllah dipetik untuk menjalankan dapur memasak dan menghantar makanan panas dan berkhasiat kepada pelarian di Gaza. Setiap sumbangan akan menjadi bukti konkrit sokongan kita terhadap perjuangan dan bukti konkrit bahawa kita berdiri bersama dalam mempertahankan tanah air Palestin dan pembebasan Al Aqsa.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

EDEY AUTOPART / TSR CAT HOTEL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 08, 2024

HAZIYAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat