Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM385 / 12.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di bawah langit yang masih gelap dalam keheningan fajar, terdapat kempen kebaikan yang menutupi detik-detik fajar. Tindakan murni yang menawarkan sinar kebahagiaan dan rahmat kepada anak-anak yatim miskin yang merintih dalam kehidupan serba kekurangan. Inilah amalan yang kita kembangkan di bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Rejab sebagai sebahagian daripada perjalanan rohani kita menuju keredhaan Allah.


Tanpa henti, kami melancarkan kempen ini untuk membawa cahaya, kasih sayang dan kemesraan dalam kehidupan gelap pelajar maahad yatim piatu. Subuh, waktu yang diberkati Allah, menyaksikan setiap langkah kecil yang kita ambil dalam mencapai keistimewaan yang luar biasa. Inilah masa yang penuh dengan keberkatan, di mana kita boleh mencapai puncak keberkatan dengan berkongsi kebaikan bersama.

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270).

Kempen sebelum ini menjemput kami untuk merasai kegembiraan berkongsi, dan sekarang, marilah kita mendalami maksud tindakan ini. Dengan bermodalkan RM10, kami mampu menyediakan lebih dari sekadar makanan berkhasiat kepada anak-anak yatim. Sumbangan ini akan digunakan untuk menyediakan beras dan bungkusan makanan asas, memenuhi keperluan asas mereka.

Marilah kita bermuhasabah dan tersentuh hati kita seruan kepada kebaikan ini, sambil menyambut terbitnya fajar keberkatan di bulan Rejab ini. Dengan bantuan anda, Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan di hati anda kepada mereka yang memerlukan. Kebaikan ini harus terus berkelanjutan. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah, ala kulli haal, pasukan Asar Humanity telah berjaya menyampaikan bantuan daripada Tuan Puan berupa makanan siap santap untuk 35 orang pelajar mahaad Rumah Tahfidz Asqaf 11 Bogor.
Selain itu bantuan makanan siap masak juga diberikan kepada pelajar Mahaad Miftahul Hidayah yang berada di Rancabungur, Bogor.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Alhamdulillah pelajar maahad tahfiz dapat menyantap makanan lazat penuh berkhasiat.
Terima kasih untuk para penyumbang yang telah memberikan bantuan, semoga dari bantuan makanan ini yang diberikan bisa menjadi amal jariah dan peringan hisab di akhirat nanti.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity




Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2024