Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM110 / 3.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di bulan Muharram yang mulia ini, marilah kita sama-sama memuliakannya dengan beramal. Salah satu amalan mulia ialah membantu anak-anak yatim tahfiz yang miskin yang memerlukan. Banyak maahad tahfiz kekurangan dana untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk pelajar mereka. Pelajar-pelajar ini datang daripada keluarga miskin, jadi mereka tidak selalu mendapat makanan yang cukup dan sihat. Kekurangan pengambilan nutrisi boleh membantutkan proses pembelajaran dan menghafaz Al-Quran pelajar.
“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)
Dengan membantu menyediakan makanan yang sihat, kita boleh membantu anak-anak yatim miskin tahfiz ini untuk membesar dan berkembang dengan baik dan optimum. Makanan sihat yang kaya dengan khasiat akan membantu mereka mendapat tenaga dan pengambilan yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan fizikal mereka. Bukan itu sahaja, pengambilan nutrisi yang seimbang juga akan membantu mereka fokus dan menumpukan perhatian dengan lebih baik dalam belajar.
Akhirnya kita berharap agar mereka dapat menjadi generasi muda yang cerdik pandai dan berakhlak mulia. Generasi muda inilah yang diperlukan oleh bangsa dan negara. Dengan membantu mereka mendapat pendidikan dan pemakanan yang baik, kita boleh membantu mereka menjadi generasi akan datang yang mampu membawa perubahan positif.
Asar Humanity menjemput anda untuk infaq di waktu mustajab mulai RM10. InshaAllah akan diagihkan pek makanan yang mengandungi bahan-bahan nasi, protein daging, sayuran, buah dan air minuman. Dengan memberikan pendidikan dan pengambilan nutrisi yang baik, kita dapat membantu mereka menjadi hafiz dan hafizah yang mampu belajar syiar Islam dan menjadi suri teladan kepada masyarakat
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada para penyumbang serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 12, 2024