Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM100 / 3.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Muharram yang penuh barakah ini akan berakhir dalam masa kurang daripada dua minggu lagi. Adakah kita telah memanfaatkan sepenuhnya bulan haram ini dengan amalan yang mulia? Jangan sia-siakan kesempatan ini, kerana kita perlu menunggu lima bulan lagi untuk kembali kepada bulan haram Rejab. Masa tidak menunggu kita.

Marilah kita bersama-sama memuliakan bulan ini dengan beramal. Salah satu amalan yang sangat mulia adalah dengan membantu anak-anak yatim tahfiz yang miskin dan memerlukan. Banyak maahad tahfiz menghadapi kekurangan dana untuk menyediakan makanan berkhasiat bagi pelajar mereka. Pelajar-pelajar ini datang daripada keluarga miskin, menyebabkan mereka tidak selalu mendapat makanan yang cukup dan sihat. Kekurangan nutrisi boleh menghambat proses pembelajaran dan penghafalan Al-Quran mereka.

Dengan membantu menyediakan makanan yang sihat, kita boleh membantu anak-anak yatim tahfiz ini untuk membesar dan berkembang dengan baik dan optimum. Makanan yang kaya dengan nutrisi akan membantu mereka mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan fizikal mereka.

Selain itu, asupan nutrisi yang seimbang juga akan membantu mereka lebih fokus dan menumpukan perhatian dalam pelajaran. Harapan kita adalah agar mereka dapat menjadi generasi muda yang cerdik pandai dan berakhlak mulia. Generasi muda inilah yang sangat diperlukan oleh bangsa dan negara.


Asar Humanity mengajak anda untuk berinfaq mulai dari RM10, inshaAllah sumbangan ini akan diagihkan dalam bentuk pek makanan yang mengandungi nasi, protein daging, sayuran, buah-buahan, dan air minuman. Dengan memberikan pendidikan dan asupan nutrisi yang baik, kita dapat membantu mereka menjadi hafiz dan hafizah yang mampu menyebarkan syiar Islam dan menjadi teladan kepada masyarakat. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity baru sahaja menyelesaikan pengagihan pakej makanan berkhasiat kepada para pelajar dan pengurus di Madrasah Al-Iqtishod.
Dengan jumlah keseluruhan 50 orang, mereka selama ini bergantung kepada bahan makanan yang dibawa oleh pelajar dari rumah, yang sering kali tidak mencukupi keperluan harian.

Melalui bantuan berupa beras, sardin, telur, minyak, sayur-sayuran, dan buah-buahan, kini keperluan makanan mereka dapat dipenuhi dengan lebih baik, di samping mengurangkan kos operasi madrasah.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu meringankan beban mereka. Semoga Allah memberkati setiap sedekah yang diberikan 🙏. Bersama-sama, kita terus berkongsi rezeki demi kesejahteraan bersama. 🌾💚
Mari teruskan menyokong program makanan bagi pelajar Maahad, Tahfiz, anak yatim, dan dhuafa.
https://sumbangan.com/infaqberassantri
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity telah menyalurkan paket makanan kepada santri-santri maahad yang memerlukan bantuan.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk melaksanakan donasi yang telah dikumpul daripada para penyumbang yang dermawan. Pemberian paket makanan ini bukan sahaja membantu meringankan beban kehidupan harian mereka, tetapi juga memastikan santri dapat terus menimba ilmu tanpa perlu bimbang mengenai kekurangan makanan dan keperluan harian.

ASAR Humanity ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang telah menyokong program ini. Keprihatinan anda telah memberikan sinar harapan kepada santri-santri yang berada dalam keadaan serba kekurangan.
Kami berkomitmen untuk terus menggerakkan kempen dan program amal demi membantu lebih ramai santri serta maahad yang memerlukan. InsyaAllah, dengan kerjasama dan sokongan yang berterusan, kita dapat meringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan.
Jom, bantu santri maahad tahfiz, yatim dan dhuafa berjaya!
https://sumbangan.com/infaqberasanakyatim
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 26, 2024
MOHAMAD AZLI RAZALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 25, 2024