ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 26, 2024

INFAQ SUBUH AKHIR MUHARAM HANTARKAN PAKEJ MAKANAN UNTUK SAUDARA DI GAZA

RM320 / 10.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Maksimalkan waktu subuh bulan haram, mari berderma harta memberikan bantuan paling asas kepada saudara-saudara kita di Gaza yang masih mengalami penderitaan karena penjajahan zionis!


Saudara-saudara kita di Gaza sedang berhadapan dengan situasi yang sangat kritikal. Kes penyakit kulit semakin meningkat di kalangan kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal akibat pencemaran air dan makanan, serta kemusnahan infrastruktur selepas hampir 10 bulan serangan bertubi-tubi dari Israel.



Sekatan ketat oleh Zionis telah menyekat akses ke Gaza, seolah-olah dunia memejamkan mata terhadap penderitaan mereka. Namun, inilah masanya untuk kita menunjukkan solidariti dan tindakan nyata. Marilah kita mendesak negara-negara merdeka untuk bertindak tegas terhadap penjajahan Zionis Israel, serta meningkatkan tekanan politik dan ekonomi untuk menghentikan penindasan ini. Kita perlu berganding bahu untuk memberikan bantuan yang sangat diperlukan.



Doa dan sumbangan kita sangat bermakna buat saudara-saudara kita di Palestin. Marilah kita bersatu, menyalurkan bantuan asas yang sangat diperlukan oleh mereka di Gaza. InshaAllah, dengan sumbangan serendah RM10, kita dapat menyediakan pakej makanan harian untuk mereka yang menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri.



Setiap sumbangan yang anda berikan adalah bukti kasih sayang dan kepedulian kita terhadap saudara-saudara kita di Gaza. Marilah kita bersama-sama memberikan mereka harapan dan semangat untuk terus bertahan.




Manfaatkan waktu subuh yang penuh berkah untuk bersedekah, kerana pada waktu ini malaikat akan mendoakan orang-orang yang berinfak:


“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: ‘Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak,’ sedangkan yang satu lagi berdoa ‘Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).'" (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2024

Kempen Sumbangan Tamat