PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Dimulakan pada Oct 05, 2023

AWALI HARI KITA DENGAN SEDEKAH SUBUH BUAT ANAK YATIM

RM730 / 1.46 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen Infaq Subuh ini bertujuan untuk mencukupi dana bagi membeli rumah perlindungan Rumah Titian Kaseh sepenuhnya.


Sedekah Subuh ini adalah satu cara menjemput rezeki. Kita harus biasakan diri untuk melakukan amalan sedekah subuh ini walaupun dengan RM1. Dengan melakukan amalan ini secara istiqomah, inshaAllah kita dapat doa dari malaikat kerana doa malaikat ini mustajab di sisi Allah SWT.



Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,


"Setiap awal pagi saat matahari terbit, Allah menurunkan dua malaikat ke bumi. Lalu salah satu berkata, 'Ya Allah, berilah karunia orang yang menginfakkan hartanya. Ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya karena Allah', malaikat yang satu berkata, 'Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil'," (HR Bukhari dan Muslim)




Rumah Titian Kaseh menjadi tempat berlindung bagi anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan perlindungan sudah sekian lama. Ralat rasanya jika ia dihentikan hanya kerana kekurangan dana.



Anak-anak di rumah perlindungan ini tidak ketinggalan dalam pelajaran oleh kerana mereka mahu anak-anak ini mempunyai masa depan yang baik. Untuk makluman, pihak pengurusan akan membayar kepada pihak bank sebanyak RM17,000 untuk jumlah hutang rumah ini yang berjumlah RM3,000,000 setiap bulan. Namun, sehingga setakat ini, hanya berbaki RM1,300,000 juta lebih sahaja yang mereka perlukan untuk selesaikan pembayaran hutang rumah ini dengan segera.



Semoga kita terpilih dalam kalangan hamba yang memperoleh rahmat Allah SWT dan sentiasa di bawah naungan dan didoakan oleh para malaikat. Ayuh para dermawan, bersedekah subuh melalui Kempen Dana Pembelian Rumah Perlindungan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Titian Kasih. Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InshaAllah pasti Allah SWT kabulkan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat