Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Maahad Tahfiz Tarbiah Al Ummah
Dimulakan pada Oct 22, 2025
RM16,149 / 5.38 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000
605 Penyumbang
339 Baki Hari
Projek pondok warga emas terbengkalai!
Kerana surau utama masih belum mampu disiapkan!
2 tahun mak ayah terpaksa menangguh kemasukan!
Ada yang mengadu…
"Sempat ke kami masuk belajar di sini ustaz? Masa kami tak lama...”
Allahu... Kami tidak sampai hati nak buat mereka tunggu lama lagi.

Anda infaq, kami salurkan kepada pembangunan surau warga emas ini. RM600,000 perlu dikumpul, untuk menghentikan penantian warga emas yang kesunyian di rumah tanpa pengisian agama. Selagi surau ini tidak siap, kami tidak boleh memulakan pengajian!

Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah ingin melaksanakan hasrat pewakaf untuk menjadikan Mauquf tersebut sebagai pusat pengajian Islam dan memberi peluang kepada golongan dewasa dan warga emas untuk menimba ilmu agama dengan lebih mendalam sebagai bekalan di dunia dan akhirat.
Sehingga kini, fasa pembangunan sudah memasuki 30%. Namun, menunggu semua fasa untuk siap sepenuhnya dengan tahap dana yang tidak pernah mencukupi, kami takut semua rancangan ini tidak dapat disempurnakan dengan segera. Oleh itu, cukuplah kalau kami siapkan dulu pembinaan surau ini untuk memulakan pengajian agama kepada warga emas yang lama menanti.




Bantu kami hilangkan keresahan mak ayah dalam terus menunggu surau ini untuk siap.

Justeru, kempen ini bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti pondok warga emas. Tanamkan benih pahala anda sekarang!

Dalam kelas sementara yang dijalankan oleh Ustazah Hasna’, sudah ramai yang mengadu...
“Ustazah... bila agaknya kami boleh masuk pondok? Sempat ke kami masuk?”

Semoga pembinaan surau pondok untuk Kompleks Pondok Moden Warga Emas Tarbiah Al-Ummah akan dapat disempurnakan melalui sumbangan ikhlas insan-insan dermawan di luar sana, insya-Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
MASTURA
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 16, 2025
PUZIAH BINTI ABD WAHID
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025