Maahad Tahfiz Tarbiah Al Ummah

Dimulakan pada Oct 22, 2025

INFAQ PEMBINAAN SURAU PONDOK WARGA EMAS TARBIAH AL UMMAH

RM16,244 / 5.41 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

609 Penyumbang

339 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk mendapatkan dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti pondok warga emas. Jom bersama kami melabur saham akhirat yang berpanjangan pahalanya.


Projek pondok warga emas terbengkalai!


Kerana surau utama masih belum mampu disiapkan!


2 tahun mak ayah terpaksa menangguh kemasukan!


Ada yang mengadu…


"Sempat ke kami masuk belajar di sini ustaz? Masa kami tak lama...”


Allahu... Kami tidak sampai hati nak buat mereka tunggu lama lagi.



Anda infaq, kami salurkan kepada pembangunan surau warga emas ini. RM600,000 perlu dikumpul, untuk menghentikan penantian warga emas yang kesunyian di rumah tanpa pengisian agama. Selagi surau ini tidak siap, kami tidak boleh memulakan pengajian!



Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah ingin melaksanakan hasrat pewakaf untuk menjadikan Mauquf tersebut sebagai pusat pengajian Islam dan memberi peluang kepada golongan dewasa dan warga emas untuk menimba ilmu agama dengan lebih mendalam sebagai bekalan di dunia dan akhirat.


Sehingga kini, fasa pembangunan sudah memasuki 30%. Namun, menunggu semua fasa untuk siap sepenuhnya dengan tahap dana yang tidak pernah mencukupi, kami takut semua rancangan ini tidak dapat disempurnakan dengan segera. Oleh itu, cukuplah kalau kami siapkan dulu pembinaan surau ini untuk memulakan pengajian agama kepada warga emas yang lama menanti.




Bantu kami hilangkan keresahan mak ayah dalam terus menunggu surau ini untuk siap.



Justeru, kempen ini bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti pondok warga emas. Tanamkan benih pahala anda sekarang!



Dalam kelas sementara yang dijalankan oleh Ustazah Hasna’, sudah ramai yang mengadu...


“Ustazah... bila agaknya kami boleh masuk pondok? Sempat ke kami masuk?”



Semoga pembinaan surau pondok untuk Kompleks Pondok Moden Warga Emas Tarbiah Al-Ummah akan dapat disempurnakan melalui sumbangan ikhlas insan-insan dermawan di luar sana, insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROSLINA BINTI BAHARUDDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 14, 2025