INFAQ PENGGANTIAN PERALATAN SURAU PEDALAMAN SARAWAK YANG TELAH USANG

RM1,350 / 45.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

57 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit.



Penyerahan zink dan juga besi untuk baik pulih bumbung masjid Tanjung Bundong, Bintangor untuk keselesaan para jemaah dan masyarakat Muslim di situ.



Pemberian set amplifier dan speaker yang baru kepada surau kampung Penibong, Daro.


Sasaran kami kali ini ialah untuk membaiki ataupun menambah baik keadaan surau yang memerlukan perhatian ini "Satu bulan, Satu surau" yang akan kita bantu. Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. 



Kempen terakhir yang kami jalankan pada bulan Mac yang lepas 


Perancangan pihak kami ialah agar sumbangan orang ramai sebanyak RM 3,000 ini kelak akan memanfaatkan sekurang kurangnya satu buah surau atau masjid yang masih memerlukan perhatian khusus demi keselesaan jemaah yang ada di situ. Ini akan menjadi kempen bulanan kita disamping program Infaq Beras yang telah kita jalankan dari tahun lepas lagi.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

YUZHANA MARZUIN BT ALIAS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2023

OTHMAN BIN MOHD RAHIM

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat