INFAQ BAIK PULIH SURAU KHUSUS DI KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK FASA 4

RM660 / 13.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di pedalaman Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Sumbangan fasa 4 ini dilancarkan sebagai kesinambungan untuk meneruskan fasa yang sebelumnya di mana sasaran kutipan belum mencapai seperti yang diperlukan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengutip dana tambahan bagi memastikan pembaikan masjid atau surau yang usang di pedalaman Sarawak khususnya di kawasan zon tengah dapat dilaksanakan dengan segera untuk kemudahan penduduk di situ.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit.



Surau yang terletak di daerah Simunjan yang memerlukan pembaikan luaran agar ianya lebih selamat dan selesa untuk digunakan para jemaah.


Antara surau yang kami telah selesai menukar set amplifier untuk kegunaan para jemaah di surau berkenaan.


Pembaikan luaran yang agak mustahak untuk diselesaikan agar ianya lebih indah untuk keselesaan para jemaah.



Hasil kutipan pada fasa 3 yang akan dikumpul untuk memanfaatkan surau berkenaan sekiranya jumlah telah mencukupi.

Insya-Allah berkat usaha kita semua, ianya akan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja kepada diri kita, malah, kepada seluruh ahli keluarga kita sekali. Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. 

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

ELYNA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2023

NADIA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat