ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 15, 2024

INFAQ SYAABAN UNTUK MAKANAN ASAS WARGA EMAS DI PEDALAMAN

RM135 / 4.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Di bulan Syaaban ini mari menanamkan pahala kebaikan salah satunya berinfaq untuk kos bungkusan makanan dan barang runcit untuk kakek nenek di pedalaman!


Bulan Syaaban telah tiba, masa yang istimewa di mana setiap amal kebaikan menjadi tabungan pahala. Di tengah-tengah persiapan menyambut bulan Ramadan, jangan kita lupa mereka yang sering dilupakan: wira yang tidak bersuara, orang tua yang tetap kuat dalam perjuangan sunyi.



Dalam hiruk pikuk kehidupan moden, kadangkala kita terlupa bahawa ada yang telah melalui pelbagai kepayahan dalam hidupnya. Mereka adalah wira tanpa tanda jasa yang tidak pernah jemu, walaupun di usia tua.



Asar Humanity menjemput anda untuk mencapai keutamaan menderma makanan kepada warga emas. Mereka memerlukan bantuan kita untuk memenuhi keperluan harian mereka terutama menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.




Melalui sumbangan anda, anda boleh membantu merealisasikan harapan warga emas ini. Dengan hanya RM10, anda boleh memberikan mereka rasa selamat dan kemesraan melalui makanan asas yang terdiri dari beras, vitamin, makanan berprotein dan barangan runcit lain. Setiap derma yang anda berikan akan menjadi hadiah kepada mereka, membawa rahmat dan kebahagiaan kepada kehidupan mereka.




Sumbangan anda sebelum ini telah membantu ramai orang seperti Nek Jaria, dan kini tiba masanya untuk memanjangkan lagi manfaat dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin, Ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NOOR AISHAH BINTI SHAIKH MOHAMED YAHYA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024

NORMASTURA BINTI SULAIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024

Kempen Sumbangan Tamat