ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Apr 26, 2024

INFAQ SYAWAL PAKEJ BARANG RUNCIT BAGI PELAJAR MAAHAD DHUAFA

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

5 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari maksimalkan amalan di bulan Syawal dengan bersedekah makanan bagi anak-anak pelajar tahfiz yatim dhuafa yang kesulitan menyara makanan berkhasiat!


Dalam semangat kemenangan bulan Syawal, marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan ini lebih bermakna dengan berkongsi bahagia bagi kehidupan pelajar maahad pedalaman. Berbaki kurang 2 minggu lagi sebelum bulan ini berakhir. Namun begitu, perjuangan kita adalah untuk membantu mereka masih belum berakhir.



Asar Humanity dengan komitmen yang tinggi ingin menjemput anda berkongsi kebaikan melalui bantuan makanan asasi untuk pelajar di maahad tahfiz. Anak-anak yatim, fakir dan miskin di pelbagai maahad masih memerlukan sokongan kita agar mereka dapat terus mengejar impian dalam menuntut ilmu Al-Quran dan agama.



Tiada sumbangan yang terlalu kecil, setiap bantuan daripada anda akan memberi mereka tenaga dan harapan. Dengan hanya RM 10, anda boleh menyediakan makanan berkualiti seperti beras, minyak masak, telur, susu, dan makanan pendamping lainnya akan menjadi hantaran kita untuk mereka.




Mari kita buktikan bersama bahawa sifat ihsan masih menjadi pendorong utama dalam hati kita. Sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sertai kami meraikan semangat Syawal dengan berkongsi kegembiraan bersama pelajar maahad yang memerlukan. Semoga Allah memberikan keberkatan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SUHAIDA

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

ROSNIDAWANI BT IDRIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024