Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM150 / 5.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam cahaya kebaikan dan semangat kemenangan yang masih membara selepas Aidilfitri, kita diingatkan tentang kepentingan untuk terus menyokong generasi penerus agama, pelajar tahfiz. Melalui sumbangan dan sokongan anda, Asar Humanity berkomitmen menyediakan makanan berkualiti kepada anak-anak yatim dan fakir miskin di pelbagai maahad tahfiz.


Namun, perjuangan kita belum berakhir. Banyak lagi maahad memerlukan sokongan untuk meneruskan pendidikan mereka. Kami mendengar panggilan mereka, seruan untuk membantu menyediakan makanan sebagai bekal asas untuk tenaga pelajar mempelajari Al-Quran dan pendidikan agama.

Sumbangan berapa pun semampunya, kita boleh menyediakan makanan berkhasiat kepada anak-anak yatim, fakir miskin, dan pelajar tahfiz dhuafa yang bertungkus-lumus menuntut ilmu agama.

Mulai RM10, kami boleh menyediakan makanan berkhasiat dan memberi harapan kepada mereka. Mari kita buktikan bersama bahawa kasih sayang dan ihsan masih menjadi pendorong dalam hati kita sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Sertai kami meraikan semangat hari raya dengan berkongsi kegembiraan bersama mereka yang memerlukan! Setiap langkah baik yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah, ala kulli haal, pasukan Asar Humanity telah berjaya menyampaikan bantuan daripada Tuan Puan berupa makanan siap santap untuk 35 orang pelajar mahaad Rumah Tahfidz Asqaf 11 Bogor.
Selain itu bantuan makanan siap masak juga diberikan kepada pelajar Mahaad Miftahul Hidayah yang berada di Rancabungur, Bogor.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Alhamdulillah pelajar maahad tahfiz dapat menyantap makanan lazat penuh berkhasiat.
Terima kasih untuk para penyumbang yang telah memberikan bantuan, semoga dari bantuan makanan ini yang diberikan bisa menjadi amal jariah dan peringan hisab di akhirat nanti.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity




Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Apr 19, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2024